50,000 pengunjung meriahkan KUAM2023
DURIAN TUNGGAL 1 Oktober – Lebih 50,000 pengunjung hadir memeriahkan Karnival Udara Antarabangsa Melaka (KUAM) 2023 di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM),Batu Berendam, bermula Jumaat hingga hari ini.
Tinjauan Melaka Hari Ini di lokasi mendapati, orang ramai mula memasuki perkarangan LTAM seawal jam 7.30 pagi.
Rata-rata pengunjung tidak mahu terlepas menyaksikan pameran pesawat statik selain menyertai pelbagai aktiviti seperti pertandingan mewarna untuk kanak-kanak.
Memasuki hari terakhir penganjuran KUAM 2023, itu telah dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.
Turut hadir, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman dan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer.
Lebih menarik lagi, pengunjung berpeluang melihat persembahan udara ‘Aerobatik Gamebird’ sebagai simbolik perasmian KUAM2023 pada hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.