Kutipan hasil negeri meningkat, capai sasaran 100 peratus

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

SERI NEGERI 10 Jan – Kerajaan negeri berjaya memperolehi kutipan hasil negeri pelbagai cukai berjumlah RM457.5 juta, melebihi sasaran 100 peratus pada tahun 2021.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, kutipan hasil negeri yang diperolehi menerusi kutipan hasil cukai, bukan cukai dan pelbagai terimaan itu melebihi RM445.96 juta yang disasarkan sebelum ini.

Katanya, kerajaan negeri turut berjaya meningkatkan rizab negeri berjumlah RM15.97 juta pada tahun lalu berbanding RM960 ribu pada tahun 2020.

“Sebagai makluman, Kerajaan Negeri telah memperolehi kutipan hasil negeri yang merangkumi kutipan hasil cukai, hasil bukan cukai dan pelbagai terimaan sebanyak RM457.5 juta berbanding sasaran RM445.96 juta, iaitu melebihi sasaran 100 peratus.

“Selayaknya, penghormatan juga kita berikan kepada agensi pemungut hasil yang bekerja keras terutamanya, Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri, Unit Perancang Ekonomi Negeri, Pejabat Tanah dan Galian dan ketiga-tiga Pejabat Daerah dan Tanah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Amanat Tahun Baharu 2022 di Auditorium Seri Negeri, hari ini.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Wira Ibrahim Durum, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zaidi Johari dan barisan Exco Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta ketua jabatan dan agensi kerajaan negeri.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1215
Kongsi :
Previous post Bekalan air Melaka mampu bertahan sehingga 2050
Next post Senarai sekolah tidak dapat dibuka akibat banjir dikemas kini setiap Rabu – Radzi
Ubah saiz-+=