Laman Cahaya Lebaran bangkit ‘mood’ raya

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

MACHAP JAYA 20 April – Suasana Felda Hutan Percha yang dahulunya kelam setiap kali menjelang Hari Raya Aidilftiri, kini diterangi gemerlapan cahaya pelita dan lampu hiasan yang dipasang di kawasan rekreasi Taman Selesa.

Suasana di Laman Cahaya itu sekali gus dapat menyuntik semangat dan ‘mood’ raya khusus dalam kalangan anak perantau pulang ke desa.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Hutan Percha, Ahmad Syukri Zulkifli berkata hampir dua tahun anak perantau tidak dapat pulang beraya kerana penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi idea untuk mewujudkan laman cahaya itu timbul.

Berikutan itu, KRT dengan kerjasama Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Hutan Percha berjaya mengumpulkan dana kira-kira RM10,000 hasil sumbangan penduduk sekitar membabitkan pelbagai bangsa.

“Malah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap Jaya, Ngwe Hee Sem turut menghulurkan sumbangan dan mahu ia dilaksanakan secepat mungkin.

“Apabila kita wujudkan Laman Cahaya itu, secara tidak langsung ia bakal menyuntik semangat dalam kalangan anak rantau untuk pulang beraya sekali gus mengembalikan nostalgia kemeriahan dan ‘mood’ raya di kawasan Felda Hutan Percha.

“Ia mengetengahkan konsep baru dan lama dengan menampilkan cahaya pelita dan hiasan lampu berwarna-warni,” katanya ketika dihubungi.

HIASAN pelita buluh

Mengulas lanjut, beliau yang juga Naib Pengerusi MBFM Hutan Percha berkata, Hee Sem sendiri mahu kawasan rekreasi itu dijadikan sebagai pusat aktiviti tahunan menjelang sambutan perayaan.

“Acara perasmian laman cahaya yang kita panggil juga sebagai Laman Cahaya Lebaran akan disempurnakan YB (Yang Berhormat) ADUN pada 28 April ini dan orang ramai dijemput untuk menghadiri perasmian itu selepas solat tarawih nanti.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2139
Kongsi :
Previous post Laungan takbir MHI, PDRM Melaka semarak Aidilfitri
Next post Sembunyikan getah beku dalam parit elak jadi sasaran pencuri menjelang Aidilfitri
Ubah saiz-+=