Laungan takbir MHI, PDRM Melaka semarak Aidilfitri

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

AYER KEROH 19 April – Media rasmi kerajaan negeri, Melaka Hari Ini terus menjalin ukhuwah dan kerjasama erat bersama agensi penguatkuasaan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Bagi menyambut kedatangan Syawal dalam lebih kurang dalam tempoh dua minggu lagi, MHI bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kontinjen Melaka dengan melaksanakan program rakaman takbir raya Aidilfitri di Surau Al-Mukmin Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.

Program rakaman itu dihadiri Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Abdul Jalil Hamid dan Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Abu Samah.

WARGA PDRM Melaka dan kakitangan MHI menyertai rakaman takbir raya di surau IPK Melaka. Foto Iqmal Haqim Rosman.

Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi, Anuar Shaari dan ketua-ketua jabatan PDRM Melaka termasuk Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPKK) negeri Asisten Komisioner Mohd Hedzir Hussin; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Superintendan Zulkiflee Rashid serta Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu.

Seramai 10 kakitangan MHI manakala 60 pegawai dan anggota pelbagai jabatan dari PDRM Melaka menyertai rakaman terbabit.

ZAINOL (kiri) menerima kunjungan hormat dari Abdul Jalil (tengah) dan Anuar. Foto Iqmal Haqim Rosman

Terdahulu, Abdul Jalil dan Anuar mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Ketua Polis Melaka serta meluangkan masa kira-kira satu jam bagi membincangkan kerjasama dan inisiatif yang boleh dilaksanakan antara kedua-dua agensi berkenaan termasuk dalam menyebarkan maklumat sahih kepada masyarakat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2259
Kongsi :
Previous post Empat lelaki ditahan terlibat penipuan program RTK – Imigresen
Next post Laman Cahaya Lebaran bangkit ‘mood’ raya
Ubah saiz-+=