
Laman ‘Foodtruck’ Melaka Mall kembali beroperasi
AYER KEROH 23 Jun – Laman ‘Foodtruck’ Melaka Mall di sini yang ditutup lebih tiga bulan akibat penularan pandemik Covid-19 kini kembali beroperasi dalam norma baharu sejak 19 Jun lalu.
Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dalam satu kenyataan memaklumkan operasi laman tersebut dibuka setiap hari dari jam 5 petang hingga 12 tengah malam.
“Berita baik! Anda rindukan suasana makan di Laman ‘Foodtruck’ Melaka Mall? Kami kembali beroperasi dari jam 5 petang hingga 12 tengah malam setiap hari,” kata kenyataan tersebut.
Dalam perkembangan lain, kenyataan itu menegaskan MPHTJ terus komited menjalankan Operasi Mata Helang bagi membendung pembuangan sampah haram yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.
Menurut pihak berkuasa itu, beberapa tangkapan sudah dilakukan melibatkan orang awam yang sengaja membuang sampah di luar kawasan yang dibenarkan
Views:
Related


Berita Lain
RUMAH MAMPU MILIK RM250,000 KE BAWAH LARIS DI MAPEX MELAKA 2026
AYER KEROH 1 Mei – Rumah mampu milik bernilai bawah RM250,000 yang ditawarkan di Ekspo Hartanah Malaysia (MAPEX) Melaka 2026...
ANAK FELDA BUKIT SENGGEH BINA EMPAYAR BAS PELANCONG
ASAHAN 1 Mei – Minat berniaga sejak usia remaja menjadi titik tolak kejayaan seorang anak Felda membina empayar pengangkutan dan...
SURI RUMAH UBAH DAUN GETAH JADI HADIAH
ASAHAN 1 Mei – Seorang suri rumah di Kampung Jus berjaya mengubah daun getah menjadi pelbagai produk kraf bunga yang...
KUIH BAKAR JULANG NAMA ‘KAMPUNG KOBOI’
ASAHAN 1 Mei – Bermula daripada kegagalan dalam beberapa bidang perniagaan, anak jati Kampung Selandar kini berjaya mengangkat kuih bakar...
WRUR AYER KEROH: ‘TAK PERLU LAGI TADAH BESEN SETIAP KALI HUJAN’
AYER KEROH 1 Mei - Bantuan baik pulih kediaman daripada Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) memberi makna besar buat...
BERKAIN PELIKAT ‘GELECEK’ BOLA DI PANTAI KLEBANG
KLEBANG 1 Mei - Mengenakan kain pelikat dan bertanjak sambil menggelecek bola mencuri tumpuan pada hari pertama Festival Muzik Air...
