Lapan program masyarakat India berskala besar warnai TMM2024

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

BANDA HILIR 19 Oktober – Pesta Ponggal Malaysia antara lapan program berskala besar yang akan dianjurkan sepanjang tahun hadapan bersempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Program Masyarakat India sempena (TMM2024), VP Shanmugam berkata, kesemua program tersebut kini dalam proses untuk dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan negeri oleh Bahagian Promosi Pelancongan (BPP).

photo1697630370 (1)
EXCO Belia, Sukan dan NGO negeri, VP. Shanmugam mengadakan perjumpaan bersama peniaga pada sidang media sempena penganjuran Bazar Deepavali di Banda Hilir. Foto Iqmal Haqim Rosman

Shanmugam berkata, Pesta Ponggal Malaysia dijangka berlangsung dengan penuh kemeriahan kerana akan melibatkan lebih 100 pasukan.

“Apa yang menarik adalah penyertaan turut membabitkan kaum Melayu, Cina peranakan yang dalam kalangan mereka ini berkahwin dengan pasangan masyarakat India.

“Lokasi penganjuran tidak tertumpu di Bandar Melaka sahaja, sebaliknya di semua tiga daerah di negeri ini seperti di Dataran Keris, Alor Gajah, Little India, Melaka Tengah dan sebuah kuil di Jasin,” katanya pada sidang media Bazar Deepavali 2023 di sebuah restoran, di sini, semalam.

Beliau yang juga Exco Belia, Sukan dan NGO negeri berkata, kesemua program dirancang itu juga akan membabitkan peserta dari luar Melaka.

“Mengikut perancangan program ini akan dianjurkan setiap dua bulan sekali. Namun kita sedang perhalusi semua ini agar semuanya berjalan lancar dan menarik lebih ramai pelancong sempena TMM2024,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

923
Kongsi :
Previous post Pantai Kundor, ‘kampung siaga’ bencana
Next post Hidupkan semula Minggu Sukan Melaka
Ubah saiz-+=