Lapan sekeluarga tinggal sehelai sepinggang dapat perhatian

Masa Membaca:54 Saat

KESIDANG 19 Januari – Nasib lapan sekeluarga yang tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka di Malim Jaya, musnah dalam kebakaran mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kesidang, Allex Seah Shoo Chin.

Terdahulu kesemua mangsa menumpang buat sementara waktu di rumah waris terdekat sebelum ditempatkan di kediaman transit di Rumah Pangsa Kampung Padang.

Allex Seah berkata, hasil kerjasama Lembaga Perumahan Melaka (LPM) mangsa kini berteduh di kediaman lebih selesa berikutan mereka berdepan kekangan kewangan untuk menyewa rumah lain.

“Mangsa membabitkan pasangan suami isteri, lima anak mereka dan datuk kepada datuk kanak-kanak berkenaan.

“Mereka akan tinggal di rumah transit ini sementara menunggu kediaman siap dibaik pulih sepenuhnya,” katanya yang juga Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri.

Menurut beliau, aspek pendidikan anak-anak mangsa juga diberi perhatian dengan menyediakan barangan keperluan persekolahan termasuk pakaian seragam.

“Dua anak pasangan ini bersekolah rendah, sementara itu seorang lagi belajar di tadika, dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) kita dapat membantu dan mengembalikan semula senyuman keluarga ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

771
Kongsi :
Previous post MPHTJ sasar tanam 1,500 pokok setahun 
Next post Polis lumpuh sindiket edar jus minuman campuran pelbagai dadah di pusat hiburan
Ubah saiz-+=