Larian amal kutip dana bantu aktiviti kemasyarakatan

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

KOTA LAKSAMANA 16 Julai – Sejumlah RM500,000 kutipan dana disasarkan Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) menerusi larian amal Charity Fun Run Malaysia Madani 2023 yang diadakan pada November depan.

Timbalan Presiden Kebangsaan MTPN Abdul Malik Jamaran berkata, dana itu disasarkan pihaknya bagi membantu MTPN Melaka dalam menjalankan aktiviti kemasyarakatan.

“Kita jangkakan larian sejauh 10 kilometer (KM) itu diadakan pada 19 November, di sekitar Dataran Pahlawan dengan penyertaan kira-kira 1,000 peserta.

“Ini adalah untuk membantu MTPN Melaka mendapatkan dana untuk tujuan menjalankan aktiviti kemasyarakatan termasuklah membantu golongan yang memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Pejabat MTPN Melaka di Taman Kota Laksamana Jaya, di sini.

Hadir sama, Presiden Kebangsaan MTPN, Datuk Dr Kevy KV Yeo dan Yang Dipertua MTPN Melaka, Aalex Kong Sin Fatt.

Sementara itu, Aalex berkata, pihaknya amat mengalu-alukan sebarang aduan daripada mangsa terutamanya membabitkan aktiviti penipuan.

“Mereka yang memerlukan bantuan atau pembelaan tetapi tidak tahu prosedur atau saluran boleh datang berjumpa kami untuk tindakan seterusnya.

“Kami di MTPN tidak mengenakan sebarang bayaran atas aduan yang dibuat sebaliknya kami bertindak sebagai orang tengah memudahkan urusan disalurkan yang betul.

“Sebagai badan bukan kerajaan (NGO) kami bekerjasama dengan pihak berkuasa termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) dan juga Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1551
Kongsi :
Previous post Perkeso Melaka buru majikan gagal carum pekerja
Next post TMM2024: Kekalkan momentum promosi
Ubah saiz-+=