Perkeso Melaka buru majikan gagal carum pekerja

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

MACHAP JAYA 16 Julai – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Negeri Melaka kini giat menjalankan operasi pintu ke pintu di seluruh negeri bagi mengesan mana-mana majikan yang gagal mencarum pekerja mereka.

Pengarahnya, Abd Razak Omar berkata, pihaknya mendapati 25 peratus majikan di negeri ini masih gagal mendaftarkan pekerjanya dicarum di bawah skim pertubuhan itu.

Tegasnya, sekiranya didapati mana-mana syarikat masih ingkar, mereka boleh didakwa mahupun dikenakan kompaun di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

“Operasi Kesan (Ops Kesan) ini telah dimulakan sejal awal bulan ini dan kita sedang pergiatkan langkah ‘door to door’ untuk memastikan semua majikan yang menggaji pekerja mendaftar dan mencarum Perkeso.

“Kita menyeru kepada semua majikan yang beroperasi di negeri ini sama ada syarikatnya beroperasi pada siang mahupun malam untuk mencarum kerana tidak mahu jika berlaku kemalangan majikan melepaskan diri daripada tanggungjawab mereka.

“Jika majikan ini dikesan, kita akan kompaun mereka secara terus ketika operasi kerana kita tidak mahu berkompromi kepada mana mana majikan biarpun mereka menggaji pekerja separuh masa ataupun pekerja yang masih di bawah tempoh percubaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Outreach dan CSR Perkeso 2023 dirasmikan Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari di Dewan Serbaguna Felda Tun Ghafar, Hutan Percha di sini, semalam.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

925
Kongsi :
Previous post Biaya caruman 100 suri rumah asnaf Alor Gajah
Next post Larian amal kutip dana bantu aktiviti kemasyarakatan
Ubah saiz-+=