Lebih 1,000 pengunjung menaiki MRC hujung minggu lalu

Masa Membaca:57 Saat

AYER KEROH 16 Jun – Lebih 1,000 pengunjung telah menggunakan perkhidmatan Melaka River Cruise (MRC) dalam tempoh tiga hari sejak Jumaat lepas.

Menurut jurucakap MRC, sejak beroperasi semula pada 12 Jun seramai 1,129 pelancong domestik dan 41 pelancong asing telah menaiki MRC bagi menyusuri Sungai Melaka.

“Jumlah ini direkodkan sehingga Ahad lalu, ini menunjukkan pelancong sudah mula memasuki Melaka dan berkunjung ke destinasi-destinasi pelancongan yang ada di negeri ini,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata MRC menyasarkan seramai 500,000 pengunjung bakal menaiki bot ‘river cruise’ sehingga hujung tahun ini.

Katanya, sasaran itu bagi membantu merancakkan industri pelancongan di negeri ini sekali gus meningkatkan ekonomi negeri.

Menurutnya lagi, pengunjung juga digalakkan untuk memuat turun aplikasi ‘Melaka eXcess’ baggi mendapat tawaran yang disediakan MRC seperti Pakej Cunn iaitu pembelian dua tiket MRC dan Pakej Kombo (8 dalam 1).

“Melalui pakej itu pengunjung memperolehi empat keping tiket ke lapan lokasi pelancongan iaitu MRC, Menara Taming Sar (MTS), lima muzium dan satu galeri dan tiket sah sehingga 2023.

“Pelbagai aktiviti dan peraduan hebat ditawarkan menerusi aplikasi itu termasuklah berpeluang memenangi hadiah utama sebuah kereta Perodua Alza dengan pembelian minimum tiket hanya RM50,” jelasnya.

Views:

432
Kongsi :
Previous post PKPP: 500 penjaja dan peniaga TAR tangguh pembukaan perniagaan
Next post 883 taska berdaftar dengan JKM kembali beroperasi
Ubah saiz-+=