Lebih 10,000 masyarakat Jawa berkampung di Melaka – Rahmad

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

AYER MOLEK 6 November – Karnival Warisan Anak Jawa Paya Dalam platform menghimpunkan ‘balung’ atau keturunan jawa yang masih bertapak di negeri ini sejak tahun 1920 an.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Molek, Datuk Rahmad Mariman berkata setakat hari ini terdapat lebih 10,000 anak-anak Jawa yang masih berkampung di Melaka.

“Tujuan Persatuan Warisan Anak Jawa Paya Dalam (PERWAJA) adakan karnival ini untuk himpunkan komuniti jawa yang masih bertapak di beberapa kampung di Melaka.

“Ada komuniti jawa ini yang datang menetap di sini sebelum merdeka lagi iaitu kira-kira tahun 1920 an, kalau kita kumpul ada lebih 10,000 anak-anak Jawa yang masih ada.

“Alhamdulillah atas kesedaran komuniti Jawa dan kita tidak mahu kehilangan warisan, budaya, suku bahasa yang ada kita adakan karnival sebegini, anak-anak Jawa ini masih bersaudara sehingga hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan karnival tersebut di Kampung Paya Dalam di sini hari ini.

Hadir sama calob Barisan Nasional (BN) Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali.

Karnival diadakan selama dua hari bermula semalam (Sabtu) itu turut mengetengahkan jualan makanan Jawa, pameran masakan Jawa serta pakaian tradisional masyarakat Jawa.

25F3B515-EF80-4029-AADF-75C3BB4CEB3A
RAHIMAH Abdul Aziz menunjukkan menu yang dijualnya

Dalam pada itu, Rahmad turut merasmikan Bangunan PERWAJA yang menelan kos sebanyak RM250,000.

“Bangunan ini terbengkalai sejak 25 tahun dahulu, dua tahun lalu kita (PERWAJA) ambil insiatif untuk siapkan bangunan ini semula.

“Peruntukan adalah persendirian, dengan adanya bangunan ini komuniti Jawa sudah mempunyai tempat untuk berkumpul dan melakukan aktiviti mereka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3109
Kongsi :
Previous post Perkasa ekonomi rakyat Alor Gajah jadi tumpuan utama
Next post Tangan emas Baser, hasilkan replika rumah tanpa lakaran
Ubah saiz-+=