Perkasa ekonomi rakyat Alor Gajah jadi tumpuan utama

Masa Membaca:1 Minit, 39 Saat

ALOR GAJAH 6 November – Misi memperkasakan pembangunan ekonomi buat rakyat di Parlimen Alor Gajah menjadi tumpuan utama bagi memastikan ia akan membawa manfaat utama dalam tempoh lima tahun akan datang.

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Alor Gajah, Shahril Hamdan berkata, hasil berkempen sejak semalam beliau mendapati isu itu perlu menjadi tumpuannya bagi memastikan isu pembangunan ekonomi di kawasan itu akan membawa limpahan kepada rakyat.

“Apabila berbincang dengan rakyat Alor Gajah merentasi umur dan kaum, harapan utama mereka adalah ekonomi, mereka menghaapkan supaya ekonomi rakyat di kawasan ini lebih membangun.

“Ini yang saya nampak secara kasarnya kerana hari ini ekonomi rakyat itu lebih mencabar, jadi apa yang boleh kita lakukan sebagai wakil rakyat adalah untuk memastikan ekonomi rakyat dalam tempoh lima tahu akan datang membawa kepada misi memastikan pendapatan rakyat Alor Gajah meningkat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini di Taman Melaka Perdana, di sini hari ini.

C9AAC69F-005D-4D29-B9E1-6E44CE908E25
Shahril Sufian

Dalam pada itu, beliau turut menumpukan kepada pembangunan infrastruktur agar membawa limpahan manfaat khusunya anak muda dalam memperkasakan bidang sukan.

“Kita juga akan membawa harapan anak muda dalam gaya hidup mereka, kita lihat keadaan padang yang perlu diperbaiki dan kemudahan-kemudahan tertentu buat orang muda ini perlu diperkasakan.

“Kedua perkara ini sudah dekat di hati saya khususnya soal sukan ini sebagai orang muda ini perkara yang paling penting,” katanya.

Tambah Shahril, beliau akan berusaha sebaik-baiknya bagi memenangi hati rakyat Alor Gajah biarpun pihak lawan menyatakan kawasan itu adalah kubu kuat mereka.

“Selama dua hari ini kita lihat penerimaan rakyat kepada saya sebagai orang baharu begitu positif dan kita memberikan harapan insyallah dengan kerja kuta kita boleh laksanakan sedikit kejutan apa yang dipanggil lawan ini adalah kubu kuat mereka.

“Jadi kalau ini kubu kuat, maka saya adalah ‘underdog’, sebagai ‘underdog’ saya kena kerja kuat untuk cuba membuktikan bahawa tawaran parti ini membuktikan rakyat Alor Gajah akan pilin Barisan Nasional,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

5094
Kongsi :
Previous post PRU15: Kempen secara santai dan harmoni pilihan Ismail Sabri, elak serangan peribadi
Next post Lebih 10,000 masyarakat Jawa berkampung di Melaka – Rahmad
Ubah saiz-+=