Lebih 15.4 juta populasi dewasa terima dos penggalak

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

KUALA LUMPUR, 18 Mac – Sebanyak 15,425,524 individu dewasa atau 65.6 peratus daripada populasi kumpulan itu di negara ini telah menerima dos penggalak COVID-19 setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sejumlah 22,940,801 atau 97.5 peratus daripada populasi sama telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 23,216,630 atau 98.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, sebanyak 1,221,990 individu atau 34.4 peratus kumpulan itu telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids).

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,841,412 individu atau 91.3 peratus daripada populasi itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,940,403 atau 94.5 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Vaksinasi harian semalam menyaksikan sebanyak 46,039 dos diberikan semalam meliputi 13,256 dos pertama; 2,166 dos kedua dan 30,617 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 68,376,641.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 86 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan Perak tertinggi iaitu 16 kes, diikuti Selangor 14 kes, Kedah (10), Melaka (lapan) dan Johor (tujuh).

Selain itu, Kelantan, Pulau Pinang, Sabah dan Terengganu masing-masing melaporkan enam kes, Negeri Sembilan (empat), Pahang (dua) manakala satu kes direkodkan di Kuala Lumpur.- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

772
Kongsi :
Previous post Acara naikkan bendera dahului perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2021
Next post Teroka bidang lebih mencabar demi UTeM – Hasim
Ubah saiz-+=