Lebih 150,000 lawat 14 muzium di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

AYER KEROH 18 April – Seramai 155,635 pengunjung dan pelancong direkodkan melawat 14 muzium kendalian Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) bermula Januari hingga 15 April lalu.

Pengurus Besar Perzim, Erne Hamsah berkata, bagi Januari 2024 seramai 40,696 pengunjung telah melawati muzium yang ada di Melaka, sementara itu Februari (74,794 pengunjung) dan Mac (30,853 pengunjung).

Sementara itu katanya, bagi tempoh 1 hingga 15 April pula muzium kendalian Perzim menerima merekodkan seramai 9,290 jumlah pengunjung dan pelawat.

“Daripada jumlah itu seramai 3,160 pengunjung melawat Muzium Samudera diikuti Muzium Istana (2,194 pengunjung) dan Muzium Kapal Selam (1,667 pengunjung).

“Selain itu, Kompleks Stadthuys dilawati seramai 1,690 pengunjung, Muzium Belia (118 pengunjung), Muzium Demang Abdul Ghani (82 pengunjung), Muzium Rakyat (350 pengunjung), Muzium Orang Asli (10 pengunjung) dan Muzium DMDI seramai 19 pengunjung,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Whatsapp Image 2024 04 18 At 1.19.14 Pm

MUZIUM di Melaka mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung dan pelancong.

Erne berkata, angka yang memberangsangkan itu secara tidak langsung menunjukkan masih ramai dalam kalangan rakyat negara ini yang cakna dan berminat mengenai sejarah.

“Berdasarkan sambutan amat menggalakkan itu kami akan terus mempromosikan produk ditawarkan Perzim, ini juga amat bertepatan dengan kempen Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) sedang berlangsung,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

128
Kongsi :
Previous post Media berpengaruh di China sedia bawa sejuta pelancong ke Melaka
Next post Melaka terima pelaburan baharu RM958 juta
Ubah saiz-+=