Lebih 3,000 pengunjung meriahkan Pameran Hang Tuah

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

AYER KEROH 15 Jun – Lebih 3,000 pengunjung direkodkan telah mengunjungi Pameran Hang Tuah yang dibuka sejak 10 Jun lalu.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman berkata, pameran yang berlangsung sehingga 7 Julai depan menawarkan pelbagai pendedahan menarik tentang peribadi pahlawan tersebut.

Abdul Razak berkata, pameran di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) itu antara program tarikan berskala besar yang dianjurkan Kerajaan Negeri sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

“Selepas enam hari dibuka kita menerima lebih 3,000 pengunjung yang datang untuk menghayati tarikan yang ada di sini.

“Kerajaan Negeri menyasarkan kira-kira 200,000 pengunjung akan melawat pameran ini sepanjang ia berlangsung,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pameran Hang Tuah, Pameran Kenderaan Automotif Klasik Diraja Johor dan Malaysia Bike Week Melaka 2024 di MITC, di sini, hari ini.

Ketiga-tiga program itu telah disempurnakan Yang di-Pertua negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam.

Hadir sama, Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh; Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing; Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Pegawai Kewangan Negeri yang menjalankan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Salhah Salleh; barisan Exco; Timbalan Exco Kerajaan Negeri; ketua-ketua jabatan serta agensi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

222
Kongsi :
Previous post Ketua Menteri sumbang 8,000 minuman percuma buat pengunjung
Next post 20,000 ‘bikers’ dari 100 kelab gamatkan MITC
Ubah saiz-+=