Lebih 450,000 individu terima suntikan vaksin COVID-19 setakat 22 Mac

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

KUALA LUMPUR 23 Mac – Seramai 452,919 individu di negara ini telah menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dalam satu infografik yang dikongsikan di laman Twitter rasminya hari ini berkata, daripada jumlah itu 422,058 individu menerima suntikan dos pertama manakala 30,861 individu telah melengkapkan kedua-dua suntikan vaksin tersebut.

Tiga negeri mencatat jumlah tertinggi individu yang telah menerima dos pertama vaksin tersebut iaitu Selangor (55,763), Perak (49,053) dan Sabah (40,842).

Ini diikuti Kuala Lumpur (36,616), Sarawak (35,913), Pahang (33,257), Johor (30,868,), Pulau Pinang (29,568), Kedah (26,287), Kelantan (19,716), Terengganu (19,090), Negeri Sembilan (17,884), Melaka (10,727), Perlis (9,526), Putrajaya (4,605) dan Labuan (2,343).

Bagi individu yang telah melengkapkan kedua-dua suntikan vaksin berkenaan pula, tiga negeri mencatatkan jumlah tertinggi iaitu Sarawak (9,537), Pahang (3,677) dan Kuala Lumpur (2,722).

Diikuti Johor (2,609), Perak (2,363), Kedah (1,896), Kelantan (1,879) Sabah (1,167), Selangor (1,017), Labuan (911), Pulau Pinang (721), Negeri Sembilan (530), Putrajaya (519), Perlis (504), Terengganu (442) dan Melaka (367).

Program imunisasi yang dilancarkan pada 24 Feb itu, menyasar untuk memberikan imunisasi secara percuma kepada penduduk negara ini, baik rakyat tempatan mahupun warga asing.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

326
Kongsi :
Previous post Polis rampas 79 mesin lombong bitcoin, tahan dua lelaki
Next post MUFC akan kemuka rayuan rasmi
Ubah saiz-+=