Lebih 500 pemain hangatkan Liga Melaka 2024

Masa Membaca:1 Minit, 31 Saat

PAYA RUMPUT 7 Julai – Saingan Liga Melaka 2024 mendapat sambutan hebat apabila lebih 500 pemain bakal beraksi dalam saingan merebut takhta juara bola sepak komuniti Melaka.

Naib Presiden Persatuan Bolasepak Melaka (MAFA) Datuk Khairi Anuar Ahmad berkata, jumlah itu membabitkan 32 pasukan yang akan beraksi dalam saingan Divisyen 1, Divisyen 2 dan Divisyen 3 bermula 6 Julai hingga 31 Ogos depan.

Beliau yang juga Pengerusi Pertandingan dan Kepengadilan MAFA memaklumkan, Divisyen 1 yang kini dijenamakan sebagai Piala Yang Amat Berhormat Presiden Liga Divisyen 1 MAFA menampilkan sebanyak 10 pasukan yang mana ia telah menjadi salah satu Liga Komuniti A3 Malaysia 2024-2025 yang berdaftar di bawah Amateur Football League (AFL).

“Setiap pasukan dalam saigan Divisyen 1 Liga Melaka 2024 akan beraksi sembilan perlawanan dan juara ditentu berdasarkan pungutan mata.

“Juara Divisyen 1 akan membawa pulang hadiah kemenangan RM15,000 berserta piala, selain akan beraksi di saingan Liga A2 AFL pada musim depan.

“Manakala Divisyen 2 pula bakal menampilkan 12 pasukan, sementara Divisyen 3 membabitkan 10 pasukan yang  dibahagikan kepada dua kumpulan dan seterusnya pasukan-pasukan terbaik akan beraksi di pentas akhir,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Liga Melaka 2024 yang disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang juga Presiden MAFA di Padang 10, Wisma MAFA, di sini, semalam.

Img 20240707 120856 635
AB Rauf menyaksikan perlawanan Liga Melaka 2024 di Padang 10, Wisma MAFA, Kompleks Sukan Hang Jebat. Foto Iqmal Haqim Rosman

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada kelab-kelab bergabung di bawah MAFA yang memberi sokongan kepada penganjuran Liga Melaka 2024, selain penaja-penaja terlibat.

“Harapan kami di MAFA agar pengakhiran saingan ini dapat memberi impak lebih besar kepada landskap sukan bola sepak Negeri Melaka pada masa akan datang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

197
Kongsi :
Previous post Bila Larut Malam: Zoo Melaka pentingkan keselamatan, keselesaan pengunjung
Next post Ustaz Abdul Somad dilantik Profesor Adjung UNIMEL
Ubah saiz-+=