Lega sempadan dibuka, harap dapat sambutan pelancong luar – peniaga

Masa Membaca:1 Minit, 28 Saat

BANDA HILIR 10 Mac – Golongan peniaga di negeri ini menarik nafas lega selepas kerajaan mengumumkan sempadan antarabangsa bakal dibuka bermula bulan hadapan.

Pengumuman itu paling ditunggu selepas perniagaan masing-masing terjejas akibat penularan wabak pandemik COVID-19 sejak tahun 2020 hingga mengakibatkan penutupan sempadan negara dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Seorang peniaga, Wahida Mohd Yusof,53, berkata dengan pengumuman itu dia dapat memperluaskan rangkaian perniagaannya dengan kehadiran pelacong luar ke negeri ini.

“Saya berniaga kuih raya dah hampir empat tahun, setakat ini buat bisnes secara dalam talian sahaja… tapi ada juga berniaga di bazar sewaktu bulan puasa, letak di kedai-kedai dan lain-lain.

“Diharap pembukaan sempadan memberi peluang kepada saya untuk pasarkan kuih-kuih raya ini di kawasan tumpuan pelancong yang lebih ramai, lebih-lebih lagi bulan depan dah masuk bulan Ramadan,” katanya ketika ditemui MHI.

WAHIDA

Wahida berkata, dia telahpun bersedia untuk menghasilkan lebih banyak kuih raya sekiranya sempadan mula dibuka bulan hadapan.

“Masa COVID-19 melanda negara awal dulu, perniagaan memang terjejas dan tempahan pun tiada, bila dah buka sempadan saya nak perluaskan jualan ke negeri luar seperti Terengganu, Kelantan dan Pahang… mana tahu pelancong yang datang ke sana akan membeli produk saya.

“Tahun ini kita cuba minta rangkaian-rangkaian perniagaan lain untuk ambil produk kita, bukan sahaja di Melaka malah negeri luar juga,” katanya.

Khamis lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan sempadan negara akan dibuka semula pada 1 April ini.

Beliau berkata langkah itu selari dengan perancangan memasuki Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ dan pengumuman yang paling dinanti-nantikan rakyat ini akan merancakkan semula ekonomi negara secara keseluruhan khususnya industri pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

757
Kongsi :
Previous post Naik bas percuma ke lokasi pelancongan Melaka sehingga Mei
Next post Lebih agresif kempen ‘ajak’ ibu bapa vaksin anak- EXCO
Ubah saiz-+=