Lelaki 102 tahun antara 13 korban COVID-19

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

AYER KEROH 13 Sept. – Seorang lelaki berusia 102 tahun antara 13 individu dilaporkan meninggal dunia di Melaka akibat COVID-19, hari ini.

Jabatan Kesihatan negeri dalam kenyataannya berkata, warga emas terbabit antara dua individu yang meninggal dunia di daerah Jasin diikuti dua di Alor Gajah dan sembilan kes di Melaka Tengah.

Katanya, warga emas yang mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan kencing manis dilaporkan mula dijangkiti COVID-9 pada 6 September lalu daripada kontak keluarga.

“Daripada keseluruhan kematian itu enam individu merupakan lelaki diikuti tujuh wanita majoriti dalam kalangan warga emas yang menghidap penyakit kronik dilaporkan meninggal dunia di negeri ini,” katanya.

Dalam pada itu, katanya satu kluster penularan dalam kalangan komuniti turut direkodkan di daerah Jasin.

Menurut JKN Melaka, kluster itu yang direkodkan adalah Kluster Kampung Solok Terentang dilaporkan membabitka sebuah komuniti di Mukim Jus.

“Punca jangkitan adalah sporadik dan telah menular kepada keluarga dan komuniti setempat.

“Setakat ini 29 individu telah dilaporkan positif dalam mukim berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Melaka merekodkan 206 kes positif baharu dengan pecahan 195 kes tempatan, lapan kes import B, dua kes banduan dan satu kes import A.

“Sehingga kini sebanyak 7,294 kes masih dirawat di hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) awam dan swasta.

“Daripada jumlah itu, 62 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 26 memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

806
Kongsi :
Previous post Kajian situasi sebenar di Guangzhou bukti Sinovac berkesan menentang varian Delta
Next post Lima individu ‘kantoi’ berparti dan ‘lalok’ dadah
Ubah saiz-+=