
Lelaki 180kg minta bantuan bomba untuk ke hospital kerana masalah kesihatan
MERLIMAU 25 Julai – Seorang lelaki seberat 180 kilogram (kg) yang menjalani kuarantin di rumah terpaksa meminta bantuan anggota bomba untuk ke Hospital Melaka akibat masalah kesihatan dan kecemasan, hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Faisal Fuad berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.57 petang tadi dan tiba di lokasi iaitu di Kampung Paya Lengkong, di sini, empat minit selepas itu.
Katanya, seramai tujuh anggota telah digerakkan bagi membantu mengangkat dan membawa lelaki berusia dalam lingkungan 35 tahun itu ke hospital.
“Setibanya di lokasi, anggota bomba telah membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengangkat lelaki seberat 180 kg yang sedang menjalani perintah kuarantin.
“Kita mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengangkat lelaki itu dan membawanya menaiki lori angkut untuk ke hospital,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, kesemua anggota yang terlibat memakai sut perlindungan diri (PPE) bagi tujuan keselamatan.
“Operasi terkawal dan tamat pada jam 4.39 petang tadi,” katanya lagi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PRN MELAKA: JANJI JASMINE BUAT RAKYAT BANDAR HILIR
BANDA HILIR 6 November - Penyediaan kemudahan pengangkutan bagi memudahkan warga emas mendapatkan rawatan kesihatan dan mengembangkan peluang untuk ekonomi...
HEE SEM HASRAT BUKA LEBIH BANYAK DESTINASI PELANCONGAN DI MACHAP JAYA
TANJUNG BIDARA 6 November – Membangunkan lebih banyak destinasi pelancongan bagi merancakkan ekonomi setempat dan membuka peluang pekerjaan kepada belia...
PRN MELAKA: RIDZUAN SEDIA ‘INFAK’ DIRI UNTUK BUKIT KATIL
AYER MOLEK 6 November - Pendekatan berjumpa empat mata dengan pengundi dari pintu ke pintu menjadi strategi calon Perikatan Nasional...
PELAJAR TVET BANGGA PILIH BIDANG KEMAHIRAN, YAKIN MASA DEPAN LEBIH CERAH
TANJUNG BIDARA 5 November - Persepsi terhadap bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang semakin positif meningkatkan keyakinan...
PENERIMAAN POSITIF PENGUNDI SUNTIK SEMANGAT CALON BN REMBIA
REMBIA 5 November - Penerimaan positif masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia terhadap calon Barisan Nasional (BN) menjadi antara...
PRN MELAKA: EMPAT FELDA KUBU KUAT BN DI ALOR GAJAH
REMBIA 5 November - Empat kawasan Felda dalam Parlimen Alor Gajah dianggap sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN) dan mampu...

