Suami isteri ditahan, jadikan anak saudara hamba seks

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

KUALA LINGGI 25 Julai – Seorang remaja perempuan mendakwa menjadi pemuas nafsu bapa saudaranya sejak tiga tahun lalu apabila dirogol berulang kali di sebuah rumah di Kuala Sungai Baru, di sini.

Perbuatan keji suspek berusia 39 tahun itu itu terbongkar apabila mangsa berusia 18 tahun tampil membuat laporan polis pada 18 Julai lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, berdasarkan laporan, mangsa mendakwa dirogol sejak Oktober 2018 hinggalah kali terakhir pada bulan ini.

Katanya, siasatan mendapati kejadian itu bukan sahaja diketahui ibu saudara mangsa, bahkan wanita berusia 37 tahun itu turut bersekongkol membenarkan suaminya merogol mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman

“Susulan laporan itu, Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-kanak (D11) telah menjalankan siasatan dan menahan pasangan suami isteri itu yang juga pembekal sate.

“Suspek wanita ditahan pada hari sama laporan dibuat manakala suaminya diberkas pada jam 6 petang, 22 Julai lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Sukri berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSKK) 2017.

“Suspek utama yang juga bapa saudara mangsa didapati mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah.

“Mangsa yang kematian ibu dan kehilangan ayah tinggal bersama kedua-dua suspek sejak berusia 10 tahun,” katanya.

Beliau berkata, Seksyen 376 dan Seksyen 14 (a) AKSKK memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

901
Kongsi :
Previous post Lelaki 180kg minta bantuan bomba untuk ke hospital kerana masalah kesihatan
Next post Melaka catat lima kematian akibat COVID-19 hari ini
Ubah saiz-+=