
Lelaki cedera dalam insiden pokok sena tumbang di Bukit Senjuang
BANDA HILIR 1 Jun – Seorang lelaki cedera dalam kejadian pokok tumbang di Bukit Senjuang, Banda Hilir, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, sebatang pokok sena telah tumbang merintangi jalan raya dan menghempap tiang elektrik, selain turut mengenai sebuah kereta Proton Saga.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya telah menerima panggilan pada jam 2.40 petang sebelum menggerakkan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Padang Temu ke lokasi.
Setibanya di lokasi, dimaklumkan terdapat dua mangsa yang mana seorang daripadanya mengalami kecederaan dan telah diberikan bantuan kecemasan awal.
Dimaklumkan kerja-kerja pemotongan dan pembersihan pokok masih dijalankan.
Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihat menggunakan laluan alternatif.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POPULARITI WARUNG CHE MAD TEBONG
MACHAP JAYA 30 Mei - Jika dulu roti canai dijual hanya mampu terjual dua kilogram sehari kini angka itu mampu...
PENIPUAN ‘SCAMMER’ TERUS BEREVOLUSI, RAKYAT MELAKA RUGI HAMPIR RM30 JUTA DALAM 5 BULAN
PENGKALAN BATU 30 Mei - Sejumlah hampir RM30 juta nilai kerugian telah direkodkan di Melaka sepanjang tempoh Januari hingga Mei...
MELAKA SINARI AIDILADHA MASYARAKAT ORANG ASLI
MACHAP JAYA 30 Mei - Masyarakat Orang Asli di negeri ini tidak dipinggirkan bersempena sambutan Aidiladha apabila diadakan program ibadah...
MELAKA PELOPOR PENDIDIKAN DIGITAL SEAWAL USIA MUDA
PENGKALAN BATU 30 Mei - Melaka terus menzahirkan komitmen kepada pelaburan dalam bidang pendidikan menerusi pengenalan program pendidikan digital yang...
MELAKA RIVER CRUISE TERIMA ANUGERAH GLOBAL DI SHANGHAI
AYER KEROH 30 Mei - Melaka River Cruise sekali lagi melakar sejarah apabila menerima pengiktirafan di peringkat global sebagai sebuah...
AIDILADHA SERLAH MUAFAKAT PENDUDUK TAMAN RAMBAI UTAMA
PAYA RUMPUT 30 Mei - Semangat muafakat dan kerjasama masyarakat bergotong-royong bagi menyempurnakan ibadah korban mewarnai sambutan Aidiladha di Taman...
