Lelaki ditemukan mati dalam longkang

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

BANDA HILIR 5 April – Seorang lelaki ditemukan mati dalam sebatang longkang di Jalan Jambatan Chan Koon Cheng di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, mangsa dikenali A Jacob, 54, beralamat di Pangsapuri Siantan, Bukit Baru di sini.

Menurut beliau, terdahulu polis menerima laporan kejadian kira-kira jam 7.40 malam mengenai seorang lelaki terjatuh ke dalam longkang berhampiran Sungai Melaka.

LOKASI mayat lelaki ditemukan dalam sebatang longkang di Jalan Jambatan Chan Koon Cheng, Banda Hilir, malam tadi.

Afzanizar berkata, susulan itu sepasukan anggota polis daripada Balai Polis Melaka Tengah kemudian bergegas ke tempat kejadian sebelum mendapati lelaki terbabit dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Hasil pemeriksaan pegawai perubatan ambulans Hospital Melaka kemudian mengesahkan lelaki berusia 54 tahun itu telah meninggal dunia.

KETUA Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad

“Siasatan awal mendapati, mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori ais dipercayai mabuk dan seorang saksi turut melihat si mati terjatuh ke dalam longkang sebelum kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini malam tadi.

Tambahnya kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

863
Kongsi :
Previous post Malaysia teruskan penggunaan vaksin AstraZeneca
Next post Patuhi SOP, sesi persekolahan dapat diteruskan dengan selamat
Ubah saiz-+=