
LELAKI MAUT TERGELINCIR DARI LORI SAMPAH
JERTIH 16 Oktober – Seorang pemungut sampah maut selepas terjatuh dari lori sampah yang dinaikinya di Jalan Kampung Jabi di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Muhammad berkata dalam kejadian sekitar 8 pagi itu, mangsa Muhammad Sahrul Aiman Anuar, 20, dikatakan berdiri di belakang lori sampah yang sedang bergerak dari arah Jertih ke Kuala Terengganu untuk melakukan kerja memungut sampah di sekitar Jabi sebelum dia tergelincir dan jatuh di atas bahagian hadapan sebuah kereta Proton Saga.
“Mangsa tergelincir lalu terjatuh atas bahagian depan sebuah kereta Proton Saga yang dipandu seorang wanita berusia 20 tahun dari arah sama dan berada di belakang lori sampah itu.
“Akibat kejadian berkenaan, mangsa yang beralamat di Kampung Pasir Tawar, Jertih meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan yang dialaminya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Abdul Rozak berkata mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat, manakala pemandu Proton Saga yang bekerja sebagai guru Taska itu tidak mengalami kecederaan.
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DEEPAVALI LEBIH BERMAKNA, TOK RAUF SANTUNI MASYARAKAT INDIA MASJID TANAH
LENDU 7 November – Kehadiran Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh menceriakan suasana sambutan Deepavali bersama...
BAZAR DEEPAVALI LITTLE INDIA LAMBANG PERPADUAN LEBIH 30 TAHUN
BANDA HILIR 7 November - Bazar Deepavali di Little India bukan sekadar menjadi tumpuan masyarakat mendapatkan keperluan perayaan, malah mencerminkan...
DEEPAVALI JADI JAMBATAN PERPADUAN, KEHARMONIAN RAKYAT MELAKA TERUS DIPERKASA – AB RAUF
BANDA HILIR 6 November - Sambutan Deepavali bukan sekadar perayaan keagamaan masyarakat Hindu, malah menjadi wadah mempererat hubungan silaturahim dan...
HAK NAJIB PERLU DIHORMATI – TAKIYUDDIN
AYER KEROH 6 November – Perikatan Nasional (PN) yakin isu tahanan rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak susulan...
PRN MELAKA: MANIFESTO BN-PN TUMPU RANCAKKAN EKONOMI, LUASKAN PENDAPATAN RAKYAT – MCA
AYER KEROH 6 November - Penekanan terhadap usaha menarik pelaburan dan mewujudkan 25,000 peluang pekerjaan baharu menjadi antara perkara yang...
MAIM PERKASA TADBIR URUS, KEBAJIKAN KAKITANGAN JADI KEUTAMAAN
AYER KEROH 6 November - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus memperkukuh kerjasama antara pengurusan jabatan dengan warga kerja menerusi...
