LELONGAN AWAM, JPJ KUTIP LEBIH RM45,000

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

AYER KEROH 16 Oktober – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri mengutip lebih RM45,000 hasil lelongan awam kenderaan sita bagi siri 1/2024, berlangsung di Ibu Pejabat JPJ Melaka, Bukit Katil, hari ini.

Pengarah JPJ negeri, Muhammad Firdaus Shariff berkata, lelongan itu melibatkan keseluruhan 30 kenderaan iaitu sebanyak 23 yang dikategorikan sebagai boleh dilesenkan dan tujuh lagi tidak boleh dilesenkan.

“Antara yang dilelong adalah 10 motokar, 18 motosikal dan dua kontena. Harga rizab paling tinggi dibuka membabitkan motokar adalah Honda Odyssey iaitu RM8,715 dan paling rendah adalah motor skrap berharga RM78.

“Sementara itu bidaan paling tinggi untuk kali ini membabitkan kenderaan jenis semi treler kontena dengan harga RM9, 750 dan paling rendah adalah motosikal skrap hanya RM78.

“Ini menjadikan kutipan hasil lelong pada siri satu berjumlah RM45,862.60,” katanya ketika ditemui selepas Program Lelongan Awam Kenderaan Lucut Hak Siri 1/2024 JPJ Negeri Melaka di JPJ Melaka.

6086823018077733314
MUHAMMAD Firdaus memeriksa kenderaan yang bakal dilelong. Foto Muhammad Rasul Azli Samad

Muhammad Firdaus berkata, lelongan itu dibuat apabila pemilik berdaftar gagal menuntut kenderaan mereka selepas pemberitahuan tamat iaitu selama tempoh tiga bulan pertama dan tambahan 30 hari surat peringatan.

“Kesemua kenderaan dilelong itu sudah mendapat perintah lucut hak daripada mahkamah, untuk makluman bermula Januari hingga September, kita telah menyita sebanyak 667 buah kenderaan dengan motosikal merekodkan sitaan paling tinggi iaitu 479 buah, diikuti 137 buah motokar,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

119
Kongsi :
Previous post LELAKI MAUT TERGELINCIR DARI LORI SAMPAH
Next post DUA BERANAK PARAH DIHEMPAP POKOK SAWIT
Ubah saiz-+=