
LEMAS DI TALI AIR: MAYAT ANGGOTA POLIS DITEMUKAN PAGI INI
IPOH 23 Disember – Anggota polis yang hilang selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi di tali air di Jalan Utama Changkat Lada, dekat Kampung Gajah ditemukan lemas pagi ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata mayat lelaki berusia 39 tahun itu dijumpai di sekitar tebing kira-kira 3.04 meter dari Pos Kawalan Bomba (PKB) pada 4.55 pagi oleh anggota yang bertugas.
“Mangsa lemas telah dinaikkan dengan menggunakan bucket stretcher, tali webbing dan tali menyelamat. ayat telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Sabarodzi memaklumkan seorang anggota polis berpangkat Koperal dikhuatiri lemas akibat dihanyutkan air deras semasa mandi bersama rakannya di kawasan berkenaan.
Sabarodzi memaklumkan mangsa yang bertugas di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah itu baru selesai menghadiri majlis perjumpaan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changkat Lada. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
AZMI TERUSKAN TRADISI ‘KEDAI BERGERAK’, SELESA MENJAJA SAYUR GUNA MOTOSIKAL
AYER LIMAU 5 Oktober - Bagi generasi yang membesar sekitar tahun 80-an hingga 90-an, bunyi ikonik hon angin atau loceng...
DUN AYER LIMAU: LEBIH RM1 JUTA NAIK TARAF JALAN, LONGKANG
AYER LIMAU 5 Oktober - Lebih RM1 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Kementerian Ekonomi dan...
GLAMPING TASIK CHINCHIN MULA DIBANGUNKAN 2027
AYER KEROH 5 Oktober - Pembangunan kemudahan 'glamping' di Taman Ekstrem Tasik Chinchin, Jasin dijangka bermula Januari tahun depan selepas...
TANJUNG BIDARA BUKA DIMENSI BAHARU EKONOMI DIGITAL
TANJUNG BIDARA 5 Oktober - Tanjung Bidara bakal mencipta dimensi baharu dalam sektor ekonomi dan teknologi apabila sebuah pusat data...
IKHTIAR TOK HAMEED AKHIRI EPISOD BANJIR DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 4 Oktober - Sebanyak 11 lintasan pembetung (crossing culvert) di jajaran terusan sungai atau tali air di Kampung...
DARI KANDANG HINGGA LANDSKAP, ZOO MELAKA AKAN DICERIAKAN
AYER KEROH 4 Oktober - Zoo Melaka bakal menerima sentuhan warga Kerajaan Negeri menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ketua...
