
LEMAS PUNCA KEMATIAN AL FATEH
ALOR GAJAH 7 September – Bayi lelaki berusia lapan bulan yang meninggal dunia dalam kejadian di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Kelemak, di sini, semalam, disahkan meninggal dunia kerana lemas.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, punca kematian bayi terbabit diperoleh pihaknya hasil daripada proses bedah siasat dijalankan.
Katanya, proses bedah siasat keatas bayi terbabit dijalankan di Unit Perubatan Forensik Hospital Alor Gajah selepas disahkan meninggal dunia di Unit Kecemasan.
“Hasil daripada laporan bedah siasat yang diperoleh mendapati punca kematian bayi itu akibat lemas. Terdahulu proses bedah siasat mengambil masa kira-kira tiga jam bermula pada 7.30 malam dan selesai 10.45 malam.
“Pemeriksaan lain dijalankan keatas tubuh badan bayi itu mendapati tiada kesan kecederaan lain,” katanya.
Terdahulu, Melaka Hari Ini melaporkan, seorang pengasuh sebuah taska di Kelemak di sini, ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes seorang bayi lelaki berusia lapan bulan meninggal di dunia premis berkenaan, pagi Jumaat.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superitendan Ashari Abu Samah berkata, wanita berusia 34 tahun itu ditahan pihak polis kira-kira jam 3.30 petang di lokasi kejadian.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BUKTI ORANG ASAHAN SAYANG TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - Kehadiran ribuan rakyat memeriahkan siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan menjadi...
AGENDA SEJAHTERAKAN ASAHAN BELUM BERAKHIR
ASAHAN 23 Ogos - Tamatnya siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bukan bermakna komitmen...
TOK RAUF PUJI KOMITMEN YB ALONG SANTUNI 32,000 WARGA ASAHAN
ASAHAN 23 Ogos - Komitmen Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Datuk Fairul Nizam Roslan atau lebih mesra dikenali sebagai...
‘KENAPA MELAKA TAK RELAKS?’ INI KATA TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - "Tok Rauf, apa yang tak relaks sangat Melaka ni... Ketua Menteri sendiri pula turun dari satu...
MELAKA TERUS PERKASA SEKTOR KOMUNITI, KESIHATAN
MACHAP JAYA 23 Ogos - Sektor komuniti dan kesihatan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya antara yang mendapat perhatian...
‘PEMIMPIN TIDAK BOLEH DUDUK ATAS KAYANGAN, KENA JENGUK RUPA PARAS BUMI’ – AB RAUF
ASAHAN 23 Ogos – "Seorang pemimpin, dia tidak boleh duduk atas kayangan. Orang kata dia tak tahu bumi ni bagaimana...
