Lepas status tutup pintu, Pak Long Ismail belanja nasi ayam kunyit

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

KUALA LUMPUR 4 Jun – Disebalik beban tugasnya yang berat, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempat menghiburkan rakyat dengan catatan gurauan menerusi Facebook (FB) miliknya hari ini.

Menerusi catatan itu yang dimuat naik hari ini, Ahli Parlimen Bera itu membahasakan dirinya sebagai Pak Long berkongsi video berdurasi 28 saat mengenai pengalamannya singgah ke gerai nasi ayam goreng kunyit yang menjadi kegemarannya.

“Merasa juga Pak Long hari ini makan nasi favourite ayam goreng kunyit.

“Tadi dalam perjalanan ternampak gerai jual nasi. Pak Long minta team berhenti dan rezeki dapat nasi favorite. Murah dan sedap sangat,” tulisnya.

TANGKAP layar dari video berdurasi 28 saat dikongsi Ismail Sabri melalui Facebooknya hari ini.

Menerusi catatannya itu, beliau juga sempat berbual dengan peniaga berkenaan sebelum tiba-tiba gerai berkenaan didatangi pelanggan.

“Tiba tiba ada pula akak (kakak) berbaju kurung merah nak beli. Jadi Pak Long belanja semua dan dia sekali.

“Akak tu macam tahu-tahu je Pak Long datang,” tulisnya lagi yang kemudian turut meninggalkan catatan #paklongGurau di bawah video berkenaan.

Status tulisannya itu kemudian mendapat lebih 1,000 komen dan 300 perkongsian serta 15,000 reaksi biarpun baharu 50 minit memuat naik tulisan berkenaan jam 3.11 petang tadi.

Rabu lalu, FB Ismail Sabri mencuri tumpuan ribuan rakyat melalui status “Saya dah tutup pintu depan tapi……” disertakan dengan emoji sedih di akhir tulisan berkenaan.

Status itu diiringi sekeping gambar beliau sedang menutup pintu pejabat Menteri Pertahanan mengundang pelbagai persepsi dan buah mulut netizen yang mengaitkan hal itu dengan ‘makna tersirat’ di sebalik pembukaan lebih 95,000 sektor ekonomi.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

909
Kongsi :
Previous post MUFC buntu cari lokasi berlatih
Next post 1.12 juta individu lengkapkan dua dos vaksin COVID-19 setakat semalam
Ubah saiz-+=