Lepaskan abu: KM sudah kenal pasti lokasi upacara keagamaan Hindu.

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

SERI NEGERI 23 Sept – Kerajaan negeri sudah mengenal pasti lokasi sesuai untuk dijadikan upacara keagamaan terakhir bagi mendiang masyarakat Hindu di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, terdapat satu lokasi yang beliau yakin boleh dilaksanakan upacara melepaskan abu mayat yang menjadi kepercayaan kaum India.

Menurutnya, beliau juga telah meminta rakan-rakan Exco termasuk Setiausaha Hal Ehwal Masyarakat kepadanya Datuk M S Mahadevan membantu segera menyelesaikan isu terbabit agar ianya tidak berpanjangan.

“Wakil masyarakat India Datuk MS Mahadevan siang, malam, pagi, petang melihat tempat-tempat yang boleh kita putuskan mencari tempat terbaik.

“Ada satu kawasan yang saya yakin boleh kita laksanakan jadi saya dah minta pihak berkenaan terutama Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) melihat semula tempat itu.

“Jadi ada satu kawasan lagi saya tunggu laporan daripada hasil siasatan nanti. Saya cuba selesaikan, paling tidak ada tempat melepaskan abu mayat ini.

“Saya cuba sehabis baik, saya nak selesaikan perkara ini secepat mungkin, akhirnya masyarakat kaum India ata tempat untuk upacara keagamaan mereka lepaskan abu mayat,” katanya semasa menggulung perbahasan ucapan penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan G Saminathan (DAP-Gadek) yang meminta penjelasan ketua menteri mengenai status sebidang tanah yang dikatakan telah diwartakan sebagai lokasi keagamaan itu namun dibatalkan Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

Sulaiman kemudian menjelaskan tiada sebarang keluluskan diputuskan pejabat tanah mengenai status tanah berkenaan.

“Kononnya ada tanah keluasan hampir satu ekar telah diluluskan di kawasan tersebut, saya semak punya semak, tak ada, lot mana tanah itu,” katanya yang berjanji akan menyelesaikan isu berkenaan sebaik mungkin.

Views:

569
Kongsi :
Previous post Sulaiman puas hati perbahasan baik, sidang DUN Melaka lancar
Next post Sasar 69,020 remaja sekolah di Melaka divaksin akhir Oktober
Ubah saiz-+=