Lima kematian COVID-19 direkodkan

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

AYER KEROH 5 Jun – Sebanyak lima kes kematian akibat COVID-19 direkodkan hari ini membabitkan pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Melaka.

Menurut kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), tiga kematian direkodkan di Melaka Tengah manakala satu masing-masing di daerah Jasin dan Alor Gajah.

Jelas kenyataan itu, tiga kes di daerah Melaka Tengah melibatkan seorang lelaki berusia 77 tahun di Balai Panjang dikesan menerusi Kluster Surau Taman Asean yang mempunyai penyakit hipertensi dan prostat.

“Dua lagi kes kematian di daerah itu membabitkan wanita berusia 81 tahun di Tangga Batu dikesan positif 27 Mei lalu menerusi saringan kontak rapat ahli keluarga dan mempunyai penyakit kegagalan fungsi buah pinggang manakala seorang lagi wanita berusia 90 tahun di Batu Berendam mempunyai penyakit sama.

“Seorang lagi kematian melibatkan wanita di Kuala Sungai Baru, Alor Gajah berusia 39 tahun yang dikesan positif hasil daripada saringan bergejala manakala satu lagi kes membabitkan lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 70 tahun di Sebatu, Jasin.

“Pertambahan kes kematian hari merekodkan jumlah keseluruhan kes kematian di negeri ini setakat ini seramai 86 orang,” kata kenyataan itu.

JKN turut memaklumkan, sebanyak 206 kes baharu direkodkan hari ini membabitkan 134 kes di daerah Melaak Tengah manakala 24 kes di daerah Jasin dan 48 kes di daerah Alor Gajah.

Menurut kenyataan itu, pertambahan kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang masih menerima rawatan seramai 1,950 orang.

“Seramai 60 individu daripada jumlah keseluruhan kes itu masih dirawat di ICU Hospital Melaka,” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

839
Kongsi :
Previous post ‘Tutup media sosial dan bekerja’ – TMJ
Next post ‘Aunty Meenachi’ sudah tiada, kehilangan besar tokoh dondang sayang di Melaka – JKKN Melaka
Ubah saiz-+=