‘Tutup media sosial dan bekerja’ – TMJ

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

KUALA LUMPUR 5 Jun – Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegur pemain skuad Harimau Malaya supaya menutup sementara akaun media sosial masing-masing dan memberi fokus terhadap aksi berdepan Vietnam dalam Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Al Maktoum, Dubai, 11 Jun ini.

Teguran pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) itu selepas melihat beberapa pemain kerap menaikkan status di laman sosial sama ada di Facebook mahupun Instagram sehingga ia boleh mengganggu fokus dan konsentrasi mereka.

Terdahulu pemain pertahanan Harimau Malaya, Matt Davies, memuat naik sekeping gambarnya di Instagram dengan kapsyen: “Time to fix our mistakes and bounce back stronger, all focus on the important games ahead’ (Masa untuk betulkan kesilapan dan kembali dengan lebih kuat, fokus pada perlawanan akan datang)”.

Menerusi komen balas Tunku Ismail Tunku Ismail kemudian menegur dan menasihatkan pemain kacukan Australia-Malaysia itu supaya kembali fokus dan bekerja keras dalam aksi akan datang.

“Ya (perbaiki kelemahan), tetapi pertama anda perlu menutup ** di media sosial dan bekerja,” tulis Tunku Ismail.

Susulan itu, hantaran yang dibuat Davies iuntuk bangkit semula selepas skuad negara tewas 0-4 di tangan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Zabeel, Dubai awal pagi Jumaat lalu itu kemudian dipadam.

Selain Davies, beberapa tonggak utama juga turut memuat naik status masing-masing bagi meluahkan rasa kekecewaan mahupun menaikkan semula motivasi susulan kekalahan kepada UAE itu.

Penyokong menyifatkan teguran seumpama itu diperlukan selepas aksi tidak bermaya pasukan negara apabila tewas 0-4 di tangan UAE dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 Jumaat lalu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

869
Kongsi :
Previous post Operasi pusat kuarantin hotel perlu mohon kebenaran operasi menerusi CIMS 3.0
Next post Lima kematian COVID-19 direkodkan
Ubah saiz-+=