
Lima lelaki merusuh di hadapan restoran ditahan
KUALA LUMPUR 2 Mac. – Polis menahan lima lelaki yang disyaki terbabit dalam kejadian merusuh di hadapan sebuah restoran di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, lima suspek berusia antara 19 dan 23 tahun ditahan dalam serbuan berasingan di sekitar Kuala Lumpur bermula semalam hingga awal pagi tadi.
“Semakan mendapati kesemua suspek yang ditahan tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan mereka ditahan untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh dengan senjata,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Dalam kejadian itu, kira-kira 12 individu bertindak merusuh dengan memecahkan botol dan gelas menggunakan kayu dan parang selepas tidak dibenarkan membuat pesanan makanan di restoran berkenaan.
Anuar berkata siasatan mendapati kejadian berlaku akibat perasaan tidak puas hati apabila pengurus restoran mahu menutup perniagaan pada pukul 10 malam bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kejadian itu turut tular di media sosial dengan memaparkan tindakan mereka membaling kerusi dan meja di hadapan restoran.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT BUKA RUANG ORANG MUDA BERBAKTI KEPADA MASYARAKAT
KUALA LINGGI 14 Julai - Siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat berjaya menarik perhatian dan penyertaan belia untuk bersama-sama pemimpin...
BUKAN SEKADAR PENYOKONG SETIA, 54 SRIKANDI BISTARI PENGGERAK KEBAJIKAN RAKYAT MELAKA
SERI BENDAHARA 14 Julai – Pertubuhan Isteri Wakil-Wakil Rakyat dan Wanita Negeri Melaka (BISTARI) disifatkan sebagai tulang belakang kepada usaha...
PETANI, PENTERNAK TERJEJAS BANJIR DIMINTA LAPOR KEROSAKAN
SERI NEGERI 13 Julai - Petani dan penternak yang terjejas akibat banjir diminta segera melaporkan kerosakan dialami mereka kepada Jabatan...
RINGANKAN BEBAN PESAKIT TERLANTAR, MELAKA SALUR HAMPIR RM11 JUTA
SERI NEGERI 13 Julai - Hampir RM11 juta disalurkan Kerajaan Negeri bagi meringankan beban kewangan keluarga dan pesakit terlantar setakat...
MELAKA REKOD LEBIH 15,000 PENUMPANG UDARA SETAKAT JUN
SERI NEGERI 13 Julai - Melaka merekodkan seramai 15,488 ketibaan penumpang dari dalam dan luar negara melalui Lapangan Terbang Antarabangsa...
MELAKA SASAR 700,000 PELANCONG INDONESIA SEPANJANG 2026
SERI NEGERI 13 Julai - Melaka menyasarkan peningkatan sehingga 30 peratus atau 700,000 orang pelancong dari Indonesia sepanjang 2026 susulan...
