
Lima pegawai MARA beri keterangan kepada SPRM
PUTRAJAYA, 11 Feb – Lima pegawai Majlis Amanah Rakyat (MARA) hari ini hadir memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini bagi membantu siasatan berkaitan isu integriti dan salah guna kuasa membabitkan anak syarikat agensi itu, MARA Corporation (MARA Corp).
Mereka, yang merupakan antara 17 individu dikenal pasti bagi membantu siasatan kes itu, tiba di ibu pejabat SPRM pada kira-kira 3 petang secara berasingan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, ketika dihubungi, mengesahkan perkara itu.
“(Mereka) akan dilepaskan setelah tamat percakapan. Mereka dipanggil untuk dirakam keterangan,” katanya.
Pada Sabtu lepas, SPRM dilapor telah menerima laporan berhubung isu integriti melibatkan beberapa pegawai kanan MARA yang sedang disiasat secara dalaman oleh agensi itu.
Pada Ahad lepas pula, lima individu yang dikaitkan dengan dakwaan salah laku telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi menafikan pembabitan mereka.
SPRM menyerbu ibu pejabat MARA, MARA Corp dan sebuah syarikat setiausaha korporat pada Isnin lepas dan antara yang dirampas ialah kertas cadangan serta minit mesyuarat lembaga pengarah, dokumen kewangan dan senarai gaji serta dokumen membabitkan sumber manusia.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
ZAKAT PERNIAGAAN RM150,000, TANDA PRIHATIN KEPADA ASNAF MELAKA
KOTA LAKSAMANA 9 September - Komitmen sektor korporat menunaikan zakat terus memberi sinar kepada golongan memerlukan apabila RM150,000 zakat perniagaan...
ZIARAH KASIH DUN AYER LIMAU TAK KIRA MUSIM
AYER LIMAU 9 September - Program ziarah kasih yang dilaksanakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau, bukan sekadar dilaksanakan...
WRUR AYER LIMAU: 80 PEMANCING SERTAI PERTANDINGAN MEMANCING UDANG GALAH SEPIT BIRU
AYER LIMAU 9 September - Seramai 80 pemancing mengambil bahagian dalam Pertandingan Memancing Udang Galah Sepit Biru bersempena Program Wakil...
‘TAK PERCAYA TOK RAUF DATANG, MACAM MIMPI’
AYER LIMAU 9 September - Ada yang teruja, malah menyifatkan peluang berjumpa empat mata dengan Ketua Menteri Datuk Seri Utama...
30 BOT BERHIAS, PERTANDINGAN TEBAR JALA ANTARA TARIKAN FESTIVAL SUNGAI MELAKA 2026
AYER LIMAU 9 September - Jumlah penyertaan bagi pertandingan bot berhias sempena Festival Sungai Melaka 2026 di Jeti Nelayan Telok...
MAIM SASAR LEBIH RAMAI BELIA SERTAI BSAT
AYER KEROH 9 September - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyasarkan lebih ramai golongan belia dan pelajar institusi pengajian tinggi...
