
‘Litter picker’ bantu matlamat Jasin bebas sampah – MPJ
JASIN 7 Jun – Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) sentiasa memastikan kerja-kerja kutipan dan pembersihan sampah-sampah kecil dilaksanakan oleh ‘litter picker’ pada setiap hari.
Yang Dipertuanya, Rosemanizam Mohammed Nalif berkata setakat ini kawasan pentadbirannya terjaga dan bersih hasil kerja-kerja yang dilaksanakan litter picker.
“Terima kasih kepada mereka (litter picker) ini kerana sentiasa membantu mengindahkan negeri Melaka khususnya di kawasan pentadbiran MPJ.
“Kita berharap agar orang awam tidak membuang sampah merata-rata kerana menjaga kebersihan adalah tanggungjawab yang perlu dipikul setiap rakyat Malaysia.
“Kerjasama komuniti diperlukan dalam memastikan matlamat Jasin bebas sampah tercapai,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI).
Katanya, litter picker tidak hanya mengutip sampah-sampah kecil yang dibuang pihak tidak bertanggungjawab, malah turut melakukan sapuan bagi memastikan kawasan dibawah tanggungjawab mereka benar-benar bersih.
“Mereka (litter picker) ini dilantik oleh kontraktor yang telah diarahkan oleh kita, daripada segi umur dan kelayakan pihak kontraktor yang tentukan.
“Cumanya kita sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan sentiasa turun padang, bagi memastikan mereka laksanakan kerja dengan baik,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘SATU BUMBUNG, SATU KELUARGA’ PEGANGAN PPPPK BANTU PENIAGA SAMUDERA
BANDAR HILIR 7 November - Berpegang kepada prinsip 'satu bumbung, satu keluarga', Persatuan Penjaja Peniaga Pengusaha Kecil Melayu (PPPPK) Cawangan...
PRN MELAKA: PENGALAMAN DEKATI MASYARAKAT JADI KEKUATAN ABDUL HAKIM
LENDU 7 November - Pengalaman luas mendekati masyarakat serta keprihatinan terhadap kebajikan penduduk menjadi antara ciri yang dihargai penduduk terhadap...
HAKISAN SUNGAI BERTAM ULU DIKHUATIRI ANCAM LEBUH SPA
SUNGAI UDANG 7 November - Masalah hakisan tebing Sungai Bertam Ulu bukan sahaja mengancam kediaman penduduk, malah berpotensi memberi risiko...
PRN MELAKA: KERJASAMA BN-PN TINGKAT KEYAKINAN RAIH KEMENANGAN BESAR โ ISMAIL SABRI
ASAHAN 7 November โ Kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16...
DEEPAVALI LEBIH BERMAKNA, TOK RAUF SANTUNI MASYARAKAT INDIA MASJID TANAH
LENDU 7 November โ Kehadiran Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh menceriakan suasana sambutan Deepavali bersama...
BAZAR DEEPAVALI LITTLE INDIA LAMBANG PERPADUAN LEBIH 30 TAHUN
BANDA HILIR 7 November - Bazar Deepavali di Little India bukan sekadar menjadi tumpuan masyarakat mendapatkan keperluan perayaan, malah mencerminkan...
