
Logo Melaka United FC kini menanti cap dagangan
AYER KEROH 7 Sept. – Logo baharu Melaka United FC kini memasuki fasa akhir kelulusan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), sebelum ia boleh digunakan secara sah.
Menurut Penasihat Undang-Undang Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) Zhafri Aminurashid, logo tersebut hanya menantikan cap dagangan (trademark certificate) bagi mengakhiri kontroversi hangat sejak ia dilancarkan pada 22 Ogos lalu.
“Untuk MyIPO, kita sudah melepasi ‘stage’ pertama dan kini sedang menunggu cap dagangan sahaja.
“Untuk pusingan kedua bagi memperoleh cap dagangan, ia mungkin memakan masa sehingga sebulan,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Sementara itu, baru-baru ini Presiden MUSA Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali yakin logo baharu itu boleh digunakan dan tidak akan membawa sebarang masalah.
Beliau dalam masa sama bagaimanapun akan akur dengan keputusan pihak tertentu sekiranya ia tidak dapat digunakan.
Views:
Related


Berita Lain
‘ JANGAN ADA DURI DALAM DAGING, GUNTING DALAM LIPATAN’ – AB RAUF
MACHAP JAYA 18 Oktober - Semua pihak dalam Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya mengetepikan kepentingan peribadi dan memberikan sokongan penuh...
DANA RAKAN MUDA RANCAKKAN AKTIVITI BELIA, SUKAN DI MELAKA
AYER KEROH 18 Oktober – Persatuan belia dan penganjur sukan di negeri ini diseru untuk memanfaatkan peruntukan disediakan oleh Jabatan...
REKOD PRU LALU IKTIBAR BN PERKEMAS PERSIAPAN HADAPI PRN MELAKA
MACHAP JAYA 18 Oktober - Kemenangan Barisan Nasional (BN) di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak menjamin kejayaan di peringkat...
RUNDINGAN AKHIR TENTUKAN AGIHAN KERUSI BN DI LIMA DUN PARLIMEN ALOR GAJAH
MACHAP JAYA 18 Oktober - Rundingan akhir bersama parti komponen dan rakan strategik menjadi penentu agihan kerusi yang bakal ditandingi...
INISIATIF NO RIGHT TURN, GO STRAIGHT TINGKAT KECEKAPAN PENGURUSAN TRAFIK MELAKA
AYER KEROH 18 Oktober - Kualiti pengurusan trafik Negeri Melaka menjadi lebih cekap menerusi inisiatif 'No Right Turn' dan 'Go...
‘DAK BABY’ MULA BELAJAR BERGAYUT
AYER KEROH 18 Oktober – Tujuh bulan selepas dilahirkan, ‘Dak Baby’, anak ungka tangan putih di Zoo Melaka, kini semakin...
