
LORI ALAMI MASALAH BREK, LANGGAR 15 KENDERAAN
Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang Supt Shan Gopal Krishnan berkata dalam kejadian 3.30 petang itu, kesemua mangsa yang terlibat tidak mengalami kecederaan dan kemalangan hanya melibatkan kerosakan pada kenderaan.
“Berdasarkan siasatan awal, lori jenis tipper dipandu lelaki dari arah Nilai ke Cyberjaya dipercayai mengalami masalah teknikal (brek) dan telah hilang kawalan lalu melanggar 15 kenderaan lain yang berada di kanan dan kiri jalan untuk menunggu giliran keluar dari susur Tol Serenia menghala ke Cyberjaya.
“Siasatan lanjut masih diteruskan. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang atau Inspektor Muhamad Haziq Ab Karim menerusi talian 017-9076260,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Terdahulu, beberapa rakaman video dan gambar berhubung insiden itu tular menerusi media sosial, memaparkan beberapa kenderaan yang rosak teruk dipercayai akibat dirempuh lori itu. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
FESTIVAL SUNGAI MELAKA BERLANGSUNG TIGA BULAN SEHINGGA SEPTEMBER DEPAN
BANDARAYA MELAKA 14 Jun - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menganjurkan Festival Sungai Melaka 2026 yang buat pertama...
WRUR TELOK MAS: PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR JADI FOKUS TOK AJAK
TELOK MAS 14 Jun - Isu melibatkan penyediaan infrastruktur lebih baik menjadi fokus utama sepanjang berlangsungnya Program Wakil Rakyat Untuk...
WRUR TELOK MAS: CABUTAN LEMBU, KAMBING, MOTOSIKAL MENANTI PENGUNJUNG BERTUAH
TELOK MAS 14 Jun - Cabutan bertuah utama menawarkan lembu, kambing dan motosikal menanti pengunjung bertuah hadir memeriahkan majlis penutup...
AJAK SEKAMPUNG FESTIVAL BUKA TIRAI WRUR TELOK MAS
TELOK MAS 14 Jun - Ajak Sekampung Festival 2026 berlangsung di Padang Taman Seri Telok Emas, membuka tirai Program Wakil...
SUNGAI MELAKA LOKASI PERTAMA LUAR CHINA PERKENAL BUDAYA PERAHU NAGA SHUANG RAO
BANDARAYA MELAKA 14 Jun - Sungai Melaka dipilih sebagai lokasi pertama luar China untuk memperkenalkan budaya Perahu Naga Shuang Rao...
PERAHU NAGA SHUANG RAO BUKA TIRAI FESTIVAL SUNGAI MELAKA 2026
BANDARAYA MELAKA 14 Jun - Persembahan Perahu Naga Shuang Rao dipilih sebagai acara pembukaan rasmi Festival Sungai Melaka 2026 yang...
