
MAFI bantu nelayan darat bangkit semula
AYER LIMAU 2 September – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memperuntukkan sumbangan khas sebanyak RM47,000 bagi membantu 35 nelayan darat di kawasan ini yang terjejas akibat banjir besar Disember tahun lalu bangkit semula.
Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Mohd Fauzi Salehon berkata, sumbangan khas itu disalurkan menerusi Program Pembangunan Semula Projek Agromakanan (PPSA).
“Nelayan terbabit menerima peralatan menangkap ikan seperti pukat dan selain minyak hitam bagi meringankan beban ditanggung mereka.
“Kami akan memastikan kebajikan nelayan darat ini terus dibela dalam usaha meningkatkan lagi bekalan produk air tawar,” katanya
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Penyerahan Bantuan Bencana Banjir kepada Nelayan Darat Negeri Melaka di Kompleks Japerun Ayer Limau, di sini, hari ini.
Program diadakan itu dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TARIKH LAHIR SAMA, NOAH AR RAUF ‘HADIAH’ ISTIMEWA BUAT AB RAUF
AYER KEROH 23 September - Kehadiran cucu ketiga Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh membawa makna istimewa buat...
10,000 GOLONGAN SASAR BAKAL TERIMA MANFAAT KAD RAHMAH BLOOM MEKAR MEDIPULIH
DURIAN TUNGGAL 23 September - Lebih 10,000 golongan B40, warga emas, ibu atau bapa tunggal dan masyarakat Orang Asli di...
MASUK MUZIUM PERCUMA UNTUK ANGGOTA ATM, TEBUS HINGGA 19 OKTOBER
AYER KEROH 23 September – Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Melaka boleh menikmati kemasukan percuma ke lokasi pelancongan terpilih...
LAGA BADAI SELAT MELAKA HIMPUN LEBIH 500 PESILAT
TANJUNG BIDARA 23 September - Lebih 500 pesilat dari pelbagai perguruan dalam dan luar negara menyemarakkan penganjuran Laga Badai Selat...
BANGGA KAMPUNG PULAU SEMAKIN DIKENALI SELEPAS ANAK JATI TERAJUI MELAKA
TANJUNG BIDARA 23 September - Jika dahulu Kampung Pulau sekadar sebuah perkampungan biasa yang tidak begitu dikenali, kini namanya semakin...
CADANGAN BERHUBUNG IPD HANG TUAH JAYA SUDAH DIANGKAT KE BUKIT AMAN
SERI BENDAHARA 23 September - Cadangan penubuhan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) baharu dalam kawasan pentadbiran Hang Tuah Jaya sudah diangkat...
