MAIM pastikan dapur asnaf terus berasap

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 23 Februari – “Lepas belanja dapur untuk Ramadan nanti, sudah cukup melegakan orang kurang berkemampuan macam saya.

“Insya-Allah keperluan asas seperti minyak, beras, gula dan barangan basah untuk kami sekeluarga cukup sampai hujung Ramadan nanti,” kata Umi Kelsom Mohd Yusof, 62.

Umi Kelsom antara 189 penerima Sumbangan Bantuan Persediaan Ramadan, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh.

Ketika ditemui Umi Kelsom, mengucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan dan sikap ambil berat MAIM terhadap golongan kurang berkemampuan sepertinya.

“Alhamdulillah, tidak lagi perlu risau fikir tentang hidangan bersahur dan berbuka pada 1 Ramadan nanti. Saya juga bersukur kerana tahun ini terpilih untuk menerima sumbangan daripada MAIM,” katanya ketika ditemui selepas menerima sumbangan itu yang berlangsung di Japerun Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Whatsapp Image 2024 02 23 At 12.02.23 Pm (1)
DAUD.

Sementara itu, seorang lagi penerima bantuan Daud Mohd Noor, 62, berkata, sebagai ketua keluarga bantuan yang diterima amat membantunya dalam melakukan persediaan menjelang Ramadan berbaki beberapa hari sahaja lagi.

“Saya ada empat anak, meskipun bukan sepenuhnya, bantuan diterima membolehkan saya sediakan apa yang patut untuk keluarga. Alhamdulillah kami sekeluarga dapat jamah hidangan agak mewah sedikit, boleh beli lebih banyak barangan dapur,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

816
Kongsi :
Previous post Gembira lihat anak semakin berisi
Next post Kerajaan tidak pandang ringan isu penurunan ringgit
Ubah saiz-+=