MAIM peruntuk RM309,427 untuk DUN Pantai Kundor

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

SERI NEGERI 2 Ogos- Kerajaan Negeri menerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukan sebanyak RM309,427 bagi menjalankan kerja-kerja pembangunan dan naik taraf institusi agama di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata peruntukan tersebut adalah bagi tempoh tiga tahun daripada 2021 hingga 2023.

Katanya, peruntukan tersebut disalurkan ke Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Melaka (SRA JAIM), tadika JAIM, masjid dan surau dalam DUN tersebut.

“Bagi tahun 2021 jumlah peruntukan yang disalurkan berjumlah RM145,145. Mengikut pecahan ia melibatkan RM113,482 untuk SRA dan tadika JAIM manakala RM19,000 diperuntukan bagi penambahbaikan masjid serta surau.

“Sementara itu pada tahun 2022, sebanyak RM113,482 diperuntukan untuk SRA dan Tadika JAIM manakala RM18,500 diperuntukan untuk masjid serta surau, menjadikan nilai keseluruhan
RM132,082.

“Manakala bagi tahun ini setakat Julai, sebanyak RM17,700 telah digunakan untuk SRA dan tadika JAIM manakala sebanyak RM19,000 digunakan untuk masjid serta surau, iaitu RM36,000 keseluruhan sudah disalurkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Tuminah Kadi @Mohd Hashim (BN-Pantai Kundor) mengenai peruntukan daripada MAIM dan JAIM untuk institusi agama di DUN terbabit pada hari terakhir Persidangan Kedua, Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Seri Negeri, di sini, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1164
Kongsi :
Previous post Cadang peruntukan khas negeri pernah anjur SUKMA – Exco
Next post Kaji swastakan kemudahan sukan
Ubah saiz-+=