Cadang peruntukan khas negeri pernah anjur SUKMA – Exco

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

SERI NEGERI 2 Ogos – Kerajaan Negeri mencadangkan agar Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyalurkan satu peruntukan khas kepada negeri yang pernah menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA).

Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, VP Shanmugam berkata, peruntukan itu bagi menjaga dan menyelenggara segala fasiliti sukan digunakan sepanjang SUKMA, selain mengelakkan perbelanjaan lebih besar bagi penganjuran pada masa akan datag.

Katanya, cadangan itu sudah disuarakan kepada Menteri Belia dan Sukan, namun setakat ini belum ada sebarang kata putus.

“Bagaimanapun, di Negeri Melaka kita dalam proses menyerahkan fasilti-fasiliti sukan yang ada kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau pejabat daerah. Mereka yang akan urus dan jaga fasiliti ini.

“Namun proses ini juga melibatkan peruntukan dan ia sedang diusahakan. Saya berpendapat dan cuba untuk ‘privatize’ (swastakan) kompleks-kompleks sukan ini supaya dijaga dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Kerk Chee Yee (PH-Ayer Keroh) mengenai cara penyelesaian sistematik untuk menjaga struktur sukan di Melaka pada hari ketiga Persidangan Kedua, Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Seri Negeri, di sini, hari ini.

Jelasnya, setakat ini Melaka mempunyai fasiliti sukan yang lengkap untuk menganjurkan pelbagai jenis sukan.

“Sudah tentu Melaka punyai sasaran pingat setiap tahun apabila menjelang SUKMA kerana semua fasiliti yang ada di negeri kita mencukupi dan selesa untuk mendapatkan pingat emas,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

928
Kongsi :
Previous post SAMB peruntuk RM131 juta ganti paip usang
Next post MAIM peruntuk RM309,427 untuk DUN Pantai Kundor
Ubah saiz-+=