
Main karom di kedai kopi dekati komuniti
SUNGAI RAMBAI 19 Mac – Memilih kedai kopi sebagai lokasi pertandingan karom sudah pasti mampu menarik minat komuniti kampung untuk menyertainya.
Itu pendekatan diambil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Siti Faizah Abd Azis dalam usaha merancakkan aktiviti penduduk kampung di Parit Sidang Seman.
Menurutnya, pertandingan karom itu berjaya menarik hampir 30 anak muda di kampung berkenaan.
“Ini anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di sini, memilih kedai kopis sebagai lokasi pertandingan sudah tentu dapat mendekatkan lagi diri dengan komuniti kampung.
“Bila kita buat di kedai kopi banyak perkara dapat dikongsikan termasuk luahan serta masalah dihadapi penduduk,” katanya kepada MHI.
Turut hadir Pengerusi KRT, Razali Md Iwap.
Katanya tidak hanya memfokuskan permainan karom, malah aktiviti tradisional seperti batu seremban, dat, congkak, mewarna kanak-kanak turut diadakan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA ANGKAT KOPERASI KE ARUS PERDANA, BUKAN LAGI EKONOMI KELAS KEDUA
BANDA HILIR 8 Oktober - Dengan keanggotaan melebihi 177,000 orang, gerakan koperasi di Melaka terus diperkasa sebagai antara pemacu ekonomi...
JEREBU: SEMUA SEKOLAH DI MELAKA DITUTUP ESOK
AYER KEROH 8 Oktober - Semua sekolah di seluruh Melaka akan ditutup esok (9 Oktober) susulan peningkatan bacaan Indeks Pencemaran...
MeSRA: MELAKA BINA EKOSISTEM EKONOMI, CIPTA PELUANG UNTUK RAKYAT
AYER KEROH 8 Oktober - Melaka memperkukuh ekosistem ekonominya dengan tidak hanya memberi tumpuan kepada kemasukan pelaburan, sebaliknya memperkemas pengurusan...
KPDN MELAKA TUMPAS 12 KES SELEWENG MINYAK MASAK SUBSIDI
PAYA RUMPUT 8 Oktober - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka berjaya menumpaskan 18 kes berkaitan...
PRN MELAKA: PENIAGA IDAM EKOSISTEM PERNIAGAAN LEBIH BAIK
AYER KEROH 8 Oktober - Kos operasi yang lebih terkawal, peluang perniagaan yang lebih luas dan sokongan berterusan kepada usahawan...
MeSRa: MELAKA PERKASA WANITA, KUATKAN KELUARGA, BINA KOMUNITI
AYER KEROH 8 Oktober - Pembangunan wanita bukan sekadar membuka peluang ekonomi, sebaliknya menjadi antara asas kepada pengukuhan keluarga dan...
