
Makanan tradisional bantu usahawan jana pendapatan
RIM 8 Ogos – Hidangan kuih bakar dan biskut tongkat mungkin dijadikan antara hidangan wajib dalam setiap program petang kerajaan negeri sebagai usaha membantu usahawan menjana pendapatan.
Itu saranan Ketua Menteri Datuk Haji Sulaiman Md Ali ketika membuat lawatan di Kilang Biskut Tongkat Koperasi Simpang Bekoh, hari ini.
Beliau berkata, kedua-dua makanan tradisional itu bukan sahaja dapat membantu usahawan terutama golongan Bumiputera menjana pendapatan malah dapat disajikan sebagai sajian utama pada majlis keraian dan minum petang.
“Jadi saya sarankan sebarang jamuan yang dikelolakan oleh kerajaan mahupun jabatan kerajaan, kuih bakar dan biskut tongkat perlu disajikan ketika mesyuarat petang berlangsung.
“Ia sebagai cara untuk kerajaan negeri membantu usahawan kita meningkatkan pendapatan dengan menyediakan hidangan kuih bakar atau biskut tongkat pada majlis hi-tea (minum petang) atau mesyuarat petang,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja di Pasar Tani Daerah Jasin.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim Datuk Wira Ghazale Muhammad dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam dan Infrastruktur Melaka, Datuk Roslan Ahmad.
Views:
Related

Berita Lain
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KUALA LINGGI DISERBU, 10 EKOR KAMBING GOLEK ‘PIKAT’ TETAMU
KUALA LINGGI 25 Mac - Hidangan gulai kawah, asam pedas ikan pari dan kambing golek antara yang dijamu kepada kira-kira...
BIMBINGAN MAIM BANTU LONJAK PERNIAGAAN YOGURT ‘MADE IN’ ALAI
TELOK MAS 25 Mac - Meskipun pada awalnya jualan minuman yougurt yang diusahakan pasangan suami isteri ini kurang mendapat sambutan,...
FASA PERALIHAN MONSUN BERMULA AHAD – METMALAYSIA
KUALA LUMPUR, 25 Mac - Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula Ahad ini dan berterusan sehingga Mei, membawa kepada kejadian ribut...
40,000 DIJANGKA MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA SAYANG RAKYAT
AYER KEROH 25 Mac - Dianggarkan 40,000 pengunjung bakal memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat pada Sabtu ini (28...
MELAKA KAJI CADANGAN KURANGKAN KADAR SEWA TAPAK PENJAJA
PAYA RUMPUT 25 Mac - Kerajaan Negeri akan meneliti cadangan berkaitan pengurangan sewaan perniagaan di negeri ini seperti yang dilaksanakan...
AIDILFITRI: ZON BEBAS KENDERAAN BERMULA 26 HINGGA 30 MAC
BANDA HILIR 25 Mac - Sempena Aidilfitri ini, Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir akan bermula lebih awal iaitu pada...

