30 unjam dilabuhkan bantu nelayan hadapi kekangan sumber

Masa Membaca:57 Saat

UMBAI 8 Ogos – Sebanyak 30 unit unjam telah dilabuhkan sekitar perairan Jasin sebagai inisiatif kerajaan membantu golongan nelayan berdepan kekangan sumber di kawasan terbabit.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1 Datuk Seri Ahmad Hamzah, berkata, kerajaan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) telah mengambil inisiatif berkenaan dengan menjadikan unjam sebagai salah satu kebergantungan nelayan terhadap sumber laut itu.

Jelasnya, unjam yang diperbuat daripada pembetung yang diikat dengan beberapa pelepah kelapa dan dilepaskan ke laut mampu menjadi habitat pelbagai spesis ikan, sekali gus meningkatkan pendapatan seramai 290 nelayan dalam Parlimen Jasin.

“Diharap, usaha ini dapat memberi sedikit insentif kepada nelayan yang menjadi antara kumpulan sasaran yang perlu dibantu.

“Semua kawasan unjam itu akan ditanda untuk memudahkan nelayan dan pemancing berada di tempat habitat ikan.

Kerajaan melalui projek PRE telah memperuntukkan sebanyak RM1.17 juta malah Projek Bantuan Kabin Fisheries Transformation Center (FTC) myKomuniti Perikanan (myKP) dilaksanakan melalui peruntukan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Melabu Unjam MyKP di Jeti Pengkalan Nelayan Umbai, di sini hari ini.

Pada program berkenaan, tetamu telah dibawa kira-kira satu batu nautika dari perairan bagi menyaksikan beberapa unjam yang telah dilepaskan di kawasan berkenaan.

Views:

315
Kongsi :
Previous post Makanan tradisional bantu usahawan jana pendapatan
Next post Kaedah fizikal dan virtual konsep MAHA 2020 dalam norma baharu
Ubah saiz-+=