
Maklum jika ada longkang tidak diselenggara di Merlimau
MERLIMAU 23 September – Warga Merlimau diminta menyalurkan aduan segera jika terdapat mana-mana longkang dan saliran yang tidak diselenggara.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, hal itu penting bagi mengelakkan kejadian banjir berlaku menjelang musim hujan yang diramal melanda bermula November.
Katanya, orang ramai boleh menyalurkan aduan segera di Facebook rasminya atau boleh menghubungi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di kawasan masing-masing.
“Penduduk juga boleh datang terus ke Kompleks Japerun Merlimau untuk menyalurkan aduan supaya saliran dan longkang-longkang ini dapat diselenggara secepat mungkin.
“Mohon kerjasama daripada warga Merlimau untuk kita sama-sama menjayakan misi mengurangkan risiko banjir di kawasan kampung kita,” katanya menerusi hantaran di Facebook Akmal Saleh, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
36 DARIPADA 97 ADUAN WRUR DUN AYER LIMAU SELESAI
AYER LIMAU 10 September – Sebanyak 36 daripada 97 aduan rakyat yang diterima menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR)...
WRUR AYER LIMAU: SISA DAPUR JADI BAJA, SURI RUMAH JIMAT BELANJA
AYER LIMAU 10 September - Jangan terus anggap sisa makanan dari dapur sebagai sampah kerana bahan berkenaan sebenarnya boleh ditukar...
‘TERIMA KASIH TOK HAMEED SENTIASA BANTU RAKYAT’
AYER LIMAU 10 September - Hanya rasa syukur dapat dipanjangkan golongan kurang bernasib baik dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer...
WRUR AYER LIMAU: 3 SEKOLAH, 3 CARA BENTUK GENERASI MASA DEPAN
AYER LIMAU 10 September - Tiga sekolah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau menerima pendekatan pendidikan dan advokasi berbeza...
ANAK JATI MELAKA BAWA SUKAN TAEKWANDO BERSINAR DI BATAM
AYER KEROH 10 September - Dari Bukit Baru ke pentas antarabangsa, anak jati Melaka, Faiz Safry membuktikan sentuhan jurulatih tempatan...
WRUR AYER LIMAU: RUMAH DAIF PESAKIT ANGIN AHMAR DAPAT PERHATIAN MPAG
AYER LIMAU 10 September - Keadaan rumah seorang pesakit angin ahmar yang uzur mendapat perhatian Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)...
