Malam ‘magis’ di bumi Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 45 Saat

BANDA HILIR 6 Ogos – Malam Gala Magic Of The Night di Dataran Sungai Melaka, di sini, malam ini berlangsung cukup gah dan penuh berwarna-warni.

Malam bertemakan Maddana di Bumi Bertuah itu diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.

Hadir sama Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali; Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM) Tan Sri Annuar Musa; Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Santhara J.P; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Wira Ibrahim Durum; Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; dan Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis.

PERSEMBAHAN Malam Gala ‘Magic Of The Night’ 2022: Maddana Di Bumi Bertuah di Dataran Sungai Melaka, Banda Hilir. Foto Iqmal Haqim Rosman

Yang turut hadir, barisan Exco Kerajaan Negeri; Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri; Ketua-ketua jabatan dan agensi serta lain-lain kenamaan.

Malam gala itu bermula dengan ucapan aluan daripada Santhara dan seterusnya ucapan perasmian oleh Sulaiman.

Gimik perasmian majlis itu telah disempurnakan Tun Mohd Ali sebelum persembahan khas Magic Of The Night mengambil tempat.

PERSEMBAHAN Malam Gala ‘Magic Of The Night’ 2022: Maddana Di Bumi Bertuah di Dataran Sungai Melaka, Banda Hilir. Foto Iqmal Haqim Rosman

Antara persembahan yang memukau ribuan hadirin di sepanjang Dataran Sungai Melaka ialah teater muzikal mengenai sejarah Melaka dan perarakan bot berhias yang mewakili suku kaum dan etnik.

Untuk rekod, Magic Of The Night 2022 yang dianjurkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dilangsungkan selama tiga hari bermula 5 hingga 7 Ogos bertempat di Banda Hilir.

ERSEMBAHAN Malam Gala ‘Magic Of The Night’ 2022: Maddana Di Bumi Bertuah di Dataran Sungai Melaka, Banda Hilir. Foto Iqmal Haqim Rosman

Antara pengisian program itu termasuklah karnival kerjaya pelancongan, perasmian Galeri Kota Warisan Melaka dan Buku Warisan Kebangsaan Orang Hidup (WAKOH) dan Magical Melaka Food & Fruit Fest.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2117
Kongsi :
Previous post Serlah seni, budaya Keluarga Malaysia – KM
Next post 8,000 dijangka hadir ke Festival Kota Selatan 2022
Ubah saiz-+=