Serlah seni, budaya Keluarga Malaysia – KM

Masa Membaca:1 Minit, 54 Saat

BANDA HILIR 6 Ogos – Program Magic of The Night 2022 yang diadakan selama tiga hari di Dataran Sungai Melaka bakal memberi impak besar dalam menyerlahkan seni dan budaya Keluarga Malaysia.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, program anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) itu juga dapat merancakkan kembali perkembangan ekonomi negara dan industri pelancongan di Melaka.

YANG di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam hadir sempena Malam Gala ‘Magic Of The Night’ 2022: Maddana Di Bumi Bertuah di Dataran Sungai Melaka, Banda Hilir. Hadir sama, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali. Foto Iqmal Haqim Rosman

Selain itu katanya, ia juga turut mempromosi industri seni dan budaya tempatan dengan pelbagai kaum sebagai satu produk pelancongan yang boleh diketengahkan ke peringkat antarabangsa.

TIMBALAN Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Dr Santhara J.P berucap pada Malam Gala ‘Magic Of The Night’ 2022: Maddana Di Bumi Bertuah di Dataran Sungai Melaka, Banda Hilir. Foto Iqmal Haqim Rosman

“Saya juga dimaklumkan, pelbagai pengisian aktiviti dan program yang cukup menarik sepanjang berlangsungnya program Magic of The Night 2022 ini.

“Semua pengisiannya juga bertepatan dengan adat warisan, seni dan budaya yang terdapat di Negeri Melaka.

“Justeru, saya menyeru kepada semua warga Negeri Melaka dan yang berada di luar Negeri Melaka untuk sama-sama menyokong dan menyertai program yang julung kali diadakan ini bagi pelancongan yang boleh diketengahkan ke peringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Magic of The Night 2022: Maddana di Bumi Bertuah, di Dataran Sungai Melaka, di sini, malam ini.

Gimik perasmian majlis itu telah disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.

WARNA-WARNI Magic of The Night 2022: Maddana di Bumi Bertuah, di Dataran Sungai Melaka. Foto Iqmal Haqim Rosman

Hadir sama, Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM) Tan Sri Annuar Musa; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Wira Ibrahim Durum; Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis dan lain-lain kenamaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1391
Kongsi :
Previous post MOTAC sasar sektor kebudayaan sumbang RM300 juta tahun ini
Next post Malam ‘magis’ di bumi Melaka
Ubah saiz-+=