
Malaysia harap jadi negara pertama perkenal undang-undang larangan merokok generasi muda
Beliau berkata jika diluluskan dan dikuatkuasakan dengan berkesan ia boleh membantu meningkatkan tahap kesihatan yang lebih baik secara ketara dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
“Sekiranya undang-undang ini diluluskan, rakyat Malaysia yang lahir selepas 2005 tidak akan dapat membeli atau menggunakan produk rokok lagi. Selesai.
“Tiada lagi aktiviti merokok dan tembakau. Ada pihak yang percaya bahawa pengharaman bukanlah jalan penyelesaian; Saya berazam untuk menjayakan usaha ini,” katanya dalam ucaptama bertajuk Future-Proofing Public Health Care yang telah disampaikan semasa Dialog Kepimpinan Pemikiran Kesihatan Awam yang diadakan di Sekolah Kesihatan Awam Saw Swee Hock di Universiti Nasional Singapura (NUS) pada 2 Jun ketika beliau berada di republik itu sebagai Felow Pertukaran Lee Kuan Yew.
Teks ucapan beliau telah tersedia kepada Bernama hari ini selepas NUS memuat naik video dialog itu di saluran YouTubenya. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PRN MELAKA: PERSAINGAN SIHAT, POLITIK MATANG JADI LANDASAN – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 4 November – Kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 yang memasuki hari kelima berlangsung dalam suasana politik...
PRN MELAKA: ‘BIRUKAN PANTAI KUNDOR’, PAS ZAHIR SOKONGAN BUAT TUMINAH
PANTAI KUNDOR 4 November - Kesepakatan antara jentera Barisan Nasional (BN) dan PAS di peringkat akar umbi terus diperkukuh menerusi...
PRN MELAKA: GAGASAN MELAKA SAYANG RAKYAT BUKAN RETORIK DI PANTAI KUNDOR
PANTAI KUNDOR 4 November - Gagasan 'Melaka Sayang Rakyat' (MeSRa) bukan sekadar slogan, sebaliknya diterjemahkan menerusi penyaluran pelbagai bantuan kebajikan...
PRN MELAKA: CUACA PANAS TIDAK HALANG YB ALONG SANTUNI PENGUNDI ASAHAN
ASAHAN 4 November - Bahang akibat cuaca panas terutama pada waktu pagi dan tengah hari antara cabaran yang perlu dihadapi...
UNIMEL LAKSANA TIGA INISIATIF STRATEGIK TINGKAT KUALITI PENDIDIKAN ANAK MELAKA
KUALA LINGGI 4 November - Universiti Islam Melaka (UNIMEL) menggunakan kepakaran yang dimiliki bagi melaksanakan Program Persekitaran Sekolah Selamat Melaka...
MANGSA POKOK TUMBANG DAPAT PERHATIAN ACIK ZUL
TABOH NANING 4 Oktober - Kejadian pokok tumbang menyebabkan kerosakan pada bahagian hadapan sebuah kediaman di Kampung Taboh Naning, di...

