
Malaysia perlu ada keupayaan bangunkan vaksin sendiri
KUALA LUMPUR 9 Dis. – Malaysia perlu mempunyai keupayaan membangunkan vaksin sendiri pada masa depan bagi mengelakkan negara terpaksa bergantung kepada pihak luar sekiranya berlaku wabak baharu.
Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika (TIDREC) Universiti Malaya (UM) Prof Dr Sazaly Abu Bakar berkata negara mempunyai ramai pakar dalam membangunkan penyelidikan mengenai vaksin tetapi terbantut oleh kekangan teknologi dan kos yang tinggi.
Beliau berkata vaksin COVID-19 sebagai contoh, kini boleh dibangunkan dalam masa tidak sampai setahun dengan menggunakan teknologi terkini berbanding teknologi lama yang memakan masa lapan hingga 15 tahun.
“Kos membangunkan vaksin dengan menggunakan teknologi terkini adalah tinggi dan sekiranya mahu berkecimpung (dalam penghasilan vaksin) kita terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk tujuan itu,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Ruang Bicara bertajuk ‘Inovasi Vaksin Pandemik’ terbitan Bernama TV malam ini.
— BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA PERUNTUK RM10.9 JUTA NAIK TARAF FASILITI SUKAN, INSENTIF ATLET DITERUSKAN
AYER KEROH 18 Oktober – Kerajaan Negeri Melaka telah meluluskan peruntukan berjumlah RM10.9 juta menerusi Bajet Negeri Melaka 2026 khusus...
DARI TANGAN WANITA CINA, TERHASIL HANTARAN RAJA SEHARI MELAYU
MERLIMAU 18 Oktober - Selama empat dekad, Tan Ah Lee, 63, tekun menghasilkan barangan jahitan dan sulaman untuk hantaran perkahwinan...
MELAKA SASAR BUDAYAKAN SUKAN, LEBIH 30 AKTIVITI DITAWARKAN
AYER KEROH 18 Oktober – Lebih 30 aktiviti sukan dan rekreasi ditawarkan sempena Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2026 Peringkat...
280 USAHAWAN COKLAT NEGARA RAIH JUALAN RM18.2 JUTA
BANDA HILIR 18 Oktober - Seramai 280 usahawan coklat di bawah bimbingan Lembaga Koko Malaysia (LKM) mencatatkan nilai jualan produk...
MELAKA TUBUH KOPERASI BANTU USAHAWAN MUALAF BERSINAR
BANDARAYA MELAKA 18 Oktober - Penubuhan Koperasi Mualaf Melaka Berhad dijangka membuka ruang lebih luas kepada usahawan mualaf untuk memperkukuh...
PRN MELAKA: BN BAWA MISI 4-0 DI PARLIMEN TANGGA BATU
SUNGAI UDANG 18 Oktober - Barisan Nasional (BN) Parlimen Tangga Batu akan memastikan kesiapsiagaan jentera pilihan raya di keempat-empat kawasan...
