
Mangsa banjir di Melaka dipindahkan meningkat kepada 563 orang
AYER KEROH 19 Dis – Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus merekodkan peningkatan apabila 563 mangsa dipindahkan selepas kediaman mereka dinaiki air.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri Leftenan Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, sehingga jam 8 pagi tadi sebanyak 112 keluarga membabitkan 563 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).
“Hingga pagi ini sebanyak sembilan PPS di buka masing-masing tujuh di daerah Alor Gajah dan dua di Melaka Tengah.
“Daerah Alor Gajah merekodkan mangsa paling ramai dengan 441 orang, membabitkan 86 keluarga manakala Melaka Tengah pula seramai 122 mangsa daripada 26 keluarga,” katanya.
Menurutnya, daerah Melaka Tengah merekodkan kawasan paling banyak terjejas dengan 16 lokasi, diikuti Alor Gajah sebanyak 11 kawasan dan di Jasin, satu kawasan namun tiada PPS dibuka.
“Di Alor Gajah, dua PPS sudah ditutup iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Cherana Puteh dan SK Telok Berembang, pada 10.30 malam tadi,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BANDA HILIR SEMAKIN ‘MENYALA’
BANDA HILIR 25 Mei - Kawasan pelancongan di Banda Hilir semakin berseri pada musim cuti sekolah ini dengan limpahan lampu...
30 LEMBU KORBAN DIAGIHKAN KE LOKASI TERPILIH SEKITAR PARLIMEN TANGGA BATU
PAYA RUMPUT 25 Mei - Sebanyak 30 ekor lembu korban diagihkan ke masjid dan surau terpilih seluruh Parlimen Tangga Batu...
MELAKA TERUS JADI TUMPUAN PELABURAN SEKTOR F&B
PAYA RUMPUT 25 Mei - Perkembangan industri makanan dan minuman (F&B) termasuk pembukaan lebih banyak restoran makanan segera di negeri...
MAIM BANTU MANGSA KEBAKARAN BANGKIT SEMULA
TANJUNG BIDARA 25 Mei - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) antara agensi terawal yang tampil bagi menghulurkan bantuan kepada kepada...
PERMUDAHKAN PERMOHONAN BANTUAN RUMAH BAHARU MANGSA KEBAKARAN
TANJUNG BIDARA 25 Mei – Kerajaan Negeri akan mempermudahkan urusan dan membantu Mohd Fairus Hamzah, 53, mendapatkan kediaman baharu selepas...
PANGGILAN VIDEO DARI TANAH SUCI BUKTI KETUA MENTERI PRIHATIN NASIB MANGSA KEBAKARAN
TANJUNG BIDARA 25 Mei - Panggilan video daripada Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh kini sedang menunaikan ibadah...
