Manifesto BN Lendu: Menara telekom antara 10 janji

Masa Membaca:2 Minit, 6 Saat

MASJID TANAH 16 Nov. – Pembinaan menara telekomunikasi di Kem 96 Depot Pangkalan Peluru (DPP) Masjid Tanah antara kandungan 10 insentif manifesto Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu.

Calonnya, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, kemudahan yang akan dibina dalam kem terbabit memberi kemudahan jaringan buat 400 keluarga tentera dan penduduk di sekitarnya.

Jelasnya, pembinaan itu perlu dilaksanakan berikutan kekangan kawasan terbabit sukar menerima jaringan liputan telekomunikasi yang lancar disebabkan kawasan yang terhad.

“Akibat daripada perintah kawalan pergerakan (PKP), semua aktiviti terhenti sehinggakan sekolah juga terhenti, jadi anak-anak mereka kalau belajar di rumah melalui online, mereka memerlukan capaian internet yang bagus untuk pembelajaran dari rumah.

“Ada di kalangan isteri tentera ini merupakan juga seorang guru, jadi jika waktu malam bila dia nak hantar laporan, mereka terpaksa datang ke Masjid Tanah, terpaksa mencari tempat yang ada liputan sekali gus menyukarkan mereka, apatah lagi dalam tempoh PKP.

“Saya juga sedang berurusan juga bila kita nak mendirikan menara ini kita mesti minta kelulusan daripada MCMC (Suruhanjaya Komunkasi dan Multimedia Malaysia),” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini di Masjid Tanah, pagi tadi.

SULAIMAN Md Ali

Justeru, beberapa langkah telah diambil termasuk mendapatkan kelulusan daripada Kementerian Pertahanan dan mengenal pasti koordinat yang sesuai di kem tersebut bagi pembinaan menara telekomunikasi.

“Saya telah pun menghantar surat dan memaklumkan kepada Tan Sri Annuar Musa mengenai permasalahan yang berlaku di kem peluru ini dan dia juga telah meluluskan.

“Insyaallah apabila kedua-dua kelulusan ini dah buat, saya akan mengarahkan pihak MICTH (Melaka ICT Holding Sdn Bhd) untuk mendirikan menara telekomunikasi ini dan pihak MICTH sedang berurusan dengan syarikat telco, cari mana-mana telco yang boleh meletakkan transmitter mereka di situ,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata bagi memperkasa kemudahan jaringan internet di DUN Lendu pelbagai inisiatif lain akan disalurkan buat rakyat di kawasan itu sekiranya diberikan mandat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.

Jelasnya, inisiatif itu akan memanfaatkan khususnya golongan belia dan remaja bagi menerima jaringan internet percuma di lokasi yang ditetapkan di kawasan Masjid Tanah.

“Bagi insentif terutamanya golongan muda kita di salah satu di DUN ini kita mewujudkan pusat Internet secara percuma di kawasan Kompleks aperun dan Bandar Masjid Tanah.

“Selain daripada saya kata saya nak buat e-sports dan sebagainya… ini akan memberi peluang kepada orang-orang muda terutamanya.

“Saya ambil dalam inisiatif remaja dan anak muda, … kita berikan dia tempat untuk mereka akses Internet dan juga sebahagian di bandar Masjid Tanah,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

797
Kongsi :
Previous post PRN Melaka: 64 peratus keluar mengundi awal setakat 1 tengah hari
Next post COVID-19 dose: Gov’t to decide on allowing walk-ins – Khairy
Ubah saiz-+=